Khamis, 23 Julai 2015

Facebooker PAPAGOMO ORIGINAL Diberkas Polis


Suspek yang dipercayai pemilik akaun Facebook Papagomo Original ditangkap di hadapan rumahnya di Bandar Universiti, Seri Iskandar di sini pada pukul 11.20 pagi tadi.
Akaun Facebook PAPAGOMO ORIGINAL

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 26 tahun itu dikehendaki pihak polis kerana mempunyai kaitan dengan satu kes di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang dilaporkan di Balai Polis Dang Wangi.
"Sebuah telefon bimbit turut dirampas dalam tangkapan itu.
"Suspek kini ditahan di Balai Polis Perak Tengah dan akan diserah kepada pegawai dari Bukit Aman untuk siasatan lanjut," katanya.

Pemilik laman Facebook 'Papagomo Original', yang menuduh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana meminta rasuah berhubung rusuhan di Plaza Low Yat, telah ditangkap.

"Syabas Jabatan Siasatan Jenayah D5 berjaya tangkap Papagomo Original di Perak," tulis beliau dalam Twitternya.


Sebelum itu, beliau juga menafikan berkomunikasi dengan 'Papagomo Original'."Saya tak ada whatsapp dengan dia. Itu fitnahnya.


"Saya menafikan (bahawa) saya pernah berwhatsapp dengan orang ini ataupun beruk ini," katanya kepada wartawan di Shah Alam pagi ini.

Beliau turut menjeaskan bahawa pegam kepada penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang menguruskan blog asli Papagommo, telah membuat laporan polis menafikan anak guamnya mempunyai kaitan dengan laman 'Papagomo Original'.

"Peguamnya telah buat laporan. Kita sedang menyiasat tuan punya (Papagomo Original). Biarlah kami menyiasat," katanya.

Wan Muhammad antara tiga individu yang disiasat bawah Akta Hasutan berhubung rusuhan di luar Plaza Low Yat.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

1 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...