Rabu, 5 Julai 2017

Siapakah Ketua Geng 77 Yang Ditahan Bukit Aman 4 Julai 2017

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) ditahan dalam serbuan Bukit Aman, di Seremban, malam semalam. 
Suspek berusia 47 tahun yang juga berpangkat Datuk, ditahan dalam Operasi Cantas (Op Cantas) oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, sekitar jam 9.45 malam Selasa, mengikut Akta Pertubuhan 1966. 
Dia ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap selain turut dikehendaki polis berhubung satu kes jenayah di Chenderiang, Perak, pada tahun 2011. 

Suspek dipercayai turut terbabit dalam pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat Batas Malaysia (BATAS). Ketika serbuan, polis turut merampas baju korporat yang mempunyai bukti suspek terbabit dalam pertubuhan yang dikaitkan dengannya serta sebuah telefon bimbit. Hasil pemeriksaan mendapati, suspek turut mempunyai beberapa tatu pada bahagian badan dan lengannya yang turut mempunyai simbol kumpulan kongsi gelap. 

Dia kemudian dibawa ke pejabat STAGG, untuk tindakan dan siasatan lanjut. Difahamkan penahanan suspek adalah antara langkah serius Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur dan membanteras kumpulan samseng dan kongsi gelap di seluruh negara.

gambar ini contoh sahaja*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...