Memaparkan catatan dengan label aset. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aset. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Mei 2014

Melayu masih tak mampu beli rumah walaupun selepas harga diskaun Bumiputera

Dalam pembelian hartanah, faktor harga menjadi penentu selain lokasi dan kualiti serta jenis rumah yang ditawarkan.

Sudah pasti kemampuan atau kuasa beli menentukan peruntukan maksimum bagi memiliki rumah sendiri tidak kiralah sama ada ia rumah pertama atau seterusnya mahu pun rumah yang dilelong.

Atas inisiatif mahu ramai individu membeli hartanah sendiri, kerajaan telah menetapkan syarat peruntukan kuota Bumiputera bagi setiap pembangunan kediaman oleh pemaju yang dilihat sedikit sebanyak membolehkan pembeli memperoleh diskaun ke atas belian mereka.

Namun, ia tidak sepenuhnya membantu apabila berlaku lambakan rumah Bumiputera yang tidak dibeli saban tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif IM Global Property Consultants Sdn Bhd merangkap Presiden Institut Pengurus Harta Profesional Malaysia (MIPPM), Ishak Ismail berkata, apa yang dilihat ketika ini bukan saja unit ditawarkan tidak dibeli atas faktor kemampuan, tetapi kualiti unit kediaman ditawarkan antara isu yang mengekang belian.

Katanya, kebanyakan pemaju memberikan unit yang bukan menjadi keutamaan sama ada lokasi rumah yang kurang strategik berbanding unit lain dalam sesuatu pembangunan.

“Selaku pembeli, sudah pastilah mereka perlu membuat pilihan atas setiap peruntukan bagi kediaman.

Jika unit yang diletakkan dalam kuota Bumiputera, ia perlu menepati kehendak pembeli dan bukan sekadar memilih secara rawak dan memberikan manfaat yang kurang kepada pengguna.


Jika dilihat purata pendapatan RM5,000, seseorang itu hanya mampu membeli hartanah dalam lingkungan RM200,000 hingga RM300,000 berbanding harga pasaran RM400,000 hingga RM500,000 yang boleh dibeli kelompok dengan pendapatan RM8,000 sebulan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, oleh sebab itu pemaju juga perlu bersikap adil dalam meletakkan unit menerusi kuota Bumiputera kerana jika ia tidak menepati cita rasa pembeli, sudah pasti tidak akan menemui jalan penyelesaian sungguh pun unit terbabit sudah diberi pelepasan ke atas pembeli bukan Bumiputera selepas tempoh tertentu.

Ishak berkata, isu atau aduan mengenainya sering diperkatakan pembeli dan ia menjadi faktor mengapa ada unit yang tidak laku.

“Selaku badan yang selalu berhadapan dengan pembeli, ini adalah antara apa yang diajukan mereka.

Bukan mudah untuk pembeli memperuntukkan jumlah wang tertentu bagi memiliki rumah selain bebanan hutang hanya untuk unit yang kurang memuaskan.

“Ada juga pembeli yang berkemampuan sekali pun mempersoalkan isu sama,” katanya.




Jumaat, 14 Februari 2014

Dana berjuta-juta Taib Mahmud didedahkan BMF

Kumpulan pendesak yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya membekukan AS$16.94 juta (RM56.32 juta) yang dipercayainya dana haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak yang akan bersara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ia mendakwa AS$16.94 juta itu adalah hasil daripada jualan sebuah bangunan di San Fransisco pada tahun 2012 oleh syarikat Sakti International Corporation, yang didakwanya separuh dimiliki oleh Taib dan ini melanggar perlembagaan Sarawak.

Perlembagaan negeri itu melarang ketua menteri daripada melibatkan diri secara aktif dalam entiti komersial.
Ia mendakwa bahawa penjualan Sakti itu merupakan satu contoh jelas pengubahan wang haram.
"Seorang ahli politik asing yang bertindak dengan cara yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan tidak harus dibenarkan untuk beroperasi secara bebas di Amerika Syarikat," katanya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia perlu bertindak dengan tegas dan merampas semua aset Taib yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.
Menurut BMF, dokumen didedahkan oleh pemberi maklumat Ross Boyert (kiri) pada 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus daripada saham Sakti itu dipegang sebagai amanah bagi pihak Taib oleh saudaranya dan anak-anaknya.

Boyert telah menguruskan hartanah keluarga Taib di Amerika Syarikat selama 12 tahun sehingga dia dipecat. Beliau memfailkan saman terhadap Sakti pada tahun 2007 berkaitan pemecatannya itu.
Bagaimanapun, Boyert ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles pada 2010, selepas dokumen itu bocor.

Menurut satu artikel dalam The Registry, sebuah portal berita yang memfokus kepada kawasan industri hartanah di San Fransisco Bay, sebuah bangunan bersejarah 11 tingkat serta penthouse di 260 California St, telah dijual pada bulan Julai 2012 pada harga AS$16.94 juta.

Ia berkata Sakti, satu unit hartanah dan firma pelaburan Sakto Corporation of Ottawa, Kanada, adalah penjual. Sakti juga menggunakan penthouse itu sebagai pejabatnya, tetapi berpindah selepas ia dijual.
Sakto diasaskan oleh anak perempuan Taib - Jamilah. Taib sebelum ini berkata kekayaan anak perempuannya itu adalah hasil perniagaannya sendiri.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan Bruno Manser Fund itu.

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...