Ahad, 21 Oktober 2012

AES sudah dikaji sejak dari tahun 2003



Di Kuala Lumpur, Kementerian Pengangkutan menegaskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata sebaliknya ia sudah dicadangkan sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini sudah meneliti sistem itu pada 2003 di negara lain dan ia terbukti berupaya mengurangkan kemalangan jalan raya serta kematian.

“Saya berharap kerajaan negeri pakatan pembangkang dapat menerima penggunaan sistem ini kerana ia bukan saja dapat menyelamatkan nyawa orang ramai, tetapi mendidik mereka mematuhi keselamatan jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Wanita MCA Ke-37 di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan pentadbiran pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang mahu menangguhkan pelaksanaan AES.
Sebelum ini, tender AES disertai sembilan syarikat dengan tujuh daripadanya melakukan demonstrasi mengenai sistem mereka dan dua syarikat dipilih untuk memasang sistem terbabit pada 2009.

Perbendaharaan, Pejabat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula menganggotai jawatankuasa pemilih bagi memantau proses tender terbabit.

Isu penggunaan AES juga panas dalam sidang Parlimen apabila beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...