Sabtu, 20 Oktober 2012

Rebut tahta punca Bah Tony tinggalkan DAP


Niza Meroyan memperlekehkan sumbangan orang asli dalam politik di negeri itu apabila berkata perletakan jawatan Bah Tony daripada DAP tidak memberi apa-apa kesan terhadap Pakatan Rakyat.

Malah, menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sepanjang mengenali peguam berusia 58 tahun itu beliau tidak nampak keterlibatannya secara langsung dalam program anjuran DAP dan Pakatan Rakyat peringkat negeri khususnya melainkan program yang melibatkan kemasyarakatan Orang Asal.

"Kalau tengok peranan dia dengan Pakatan Rakyat, saya rasa minima buat masa ini lah, kalau sepanjang saya kenal dia melalui DAP adalah melalui program-program kemasyarakatan orang asli (Asal) dia hadir, saya jumpa dia masa itu lah.

"Tapi kalau nampak dia terlibat sangat dalam program DAP ke Pakatan Rakyat tak nampak juga, (Pakatan) tak terjejas, di kalangan Orang Asli (Asal) saya tak tahu lah, kena tanya Orang Asli lah," katanya ditemui pemberita di lobi parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula menyifatkan pengumuman serta perletakan jawatan Bah Tony itu merupakan satu tamparan hebat kepada DAP Perak.

"Apa orang kata cuba nak memperdayakan dia, konon nak bagi dia jadi menteri besar lah.

"Mesti ini satu tamparan kepada Orang Asli (Asal), sebenarnya Orang Asli (Asal) daripada dulu menyokong kita (Barisan Nasional), DAP cuba nak pancing dengan menggunakan Bah Tony, habis kalau Bah Tony pun dah keluar, apa lagi, ikan tak makan pancing, umpan sudah lari," ujarnya secara sinis.

Memetik laporan muka depan akhbar tabloid semalam, Pakatan Perak dilihat mengalami halangan dalam usaha untuk mendapatkan semula Perak menjelang PRU-13.

Ini kerana aktivis Orang Asal, Bah Tony mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham hampir dua minggu lalu. Dia yang baru sahaja menyertai DAP 16 bulan yang lalu menampakkan kepincangan pimpinan parti cauvanis itu.

Malah, sebab beliau meninggalkan parti itu sehingga kini masih menjadi spekulasi. Ada khabar angin mengatakan Bah Tony mungkin menggunakan tiket PKR untuk bertanding. Ketua yang bertindak secara pemerintahan kuku-besi dan juga mungkin isu perebutan tahta DUN Chenderiang menyebabkan Bah kecewa.

Bah, yang nama sebenarnya ialah Amani William-Hunt Abdullah dilihat sebagai calon terbaik Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang untuk mencabar MCA Datuk Dr Mah Hang Soon di mana pengundi Orang Asli (Asal) terbesar di Perak. Nama Bah melonjak naik apabila beliau mewakili sebagai peguam kepada 4 Orang Asli daripada suku Semai berjaya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menembak seekor Harimau Belang (Panthera Tigris), dua tahun lepas. Bah lebih dikenali sebagai seorang aktivis masyarakat berbanding sebagai ahli politik. Bah juga merupakan penggerak BERSIH 3.0 yang diadakan di Ipoh April lalu yang juga telah meletopkan namanya lagi.


Sementara itu, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata pula bahawa beliau tidak terkejut dengan perletakan jawatan Bah Tony.

“DAP harus dinamakan Parti Tindakan Diktator...Parti itu telah menyeranaihitamkan saya apabila saya membantah penglibatannya dalam perhimpunan BERSIH,” katanya.

Bekas Ketua DAP Taman Sungai Pelek, Tan Tuan Tat, yang keluar parti bulan lepas memberi amaran bahawa budaya pecah dan perintah yang diamalkan dalam kepimpinan DAP akan merosakkan parti itu.

Turut bersamanya adalah dua bekas ahli, Tan Chew Wah dan Yap Kon Min, yang dipecat parti kerana dituduh mensabotaj parti.





DAP anti Islam
Muslim wajib tolak DAP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...