Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Jun 2014

Panggilan Temuduga TDM tahun 2014

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD.

Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD yang dirancang pada bulan September 2014.

Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tarikh temuduga : 16 - 26 Jun 2014 Lokasi : Seluruh Malaysia

Sektor : Kerajaan TARIKH, LOKASI & PUSAT PEMILIHAN SEPERTI DI BAWAH :



*ZON UTARA


Tarikh temuduga : 16 Jun 2014
Lokasi : Perlis
Alamat : Rej 504 AW, Kem Bukit Keteri, 02450 Kangar


Tarikh temuduga : 18 Jun 2014 

Lokasi : Kedah 

Alamat : Rej 513 AW, Kem Bukit Pinang, 06100 Alor Setar

Tarikh temuduga : 20 Jun 2014

 Lokasi : Kedah 

Alamat : Bn Ke-2, Rej 513 AW, Kem Jalan Bukit, 09000 Kulim


Tarikh temuduga : 22 Jun 2014

Lokasi : Pulau Pinang 

Alamat : Rej 509 AW, 15 Lebuhraya Peel, 10350 Pulau Pinang


Tarikh temuduga : 24 Jun 2014

 Lokasi : Perak
Alamat : Rej 503 AW, Kem Jalan Tambun, 30350 Ipoh


Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 

Lokasi : Perak 

Alamat : Teluk Intan Bn Ke-3, Rej 503 AW, Kem Teluk Intan, 36000 Teluk Intan


*ZON SELATAN / TENGAH


Tarikh temuduga : 16 Jun 2014 

Lokasi : Johor
Alamat : Rej 501 AW, Kem Tebrau, 80990 Johor Bahru


Tarikh temuduga : 18 Jun 2014 

Lokasi : Johor
Alamat : MK Garison Mersing, Kem Iskandar, Tanjung Sekakap, 86800 Mersing


Tarikh temuduga : 20 Jun 2014 

Lokasi : Johor
Alamat : MSS Kluang, Kem Mahkota, 86000 Kluang


Tarikh temuduga : 22 Jun 2014 

Lokasi : Melaka
Alamat : Rej 514 AW, Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka


Tarikh temuduga : 24 Jun 2014 

Lokasi : Negeri Sembilan
Alamat : PULAMOR, Kem Sebatang Karah, 71050 Port Dickson


Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 

Lokasi : Kuala Lumpur
Alamat : MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 53300 SETAPAK, Kuala Lumpur



*ZON TIMUR / HULU PERAK / HULU SELANGOR


Tarikh temuduga : 16 Jun 2014 

Lokasi : Pahang
Alamat : MSS Temerloh, Kem Batu 3, 28000 Temerloh


Tarikh temuduga : 18 Jun 2014 

Lokasi : Pahang 

Alamat : Rej 505 AW, Kem Sri Kuantan, 25050 Kuantan


Tarikh temuduga : 20 Jun 2014 

Lokasi : Terengganu
Alamat : 18 RAMD, Kem Sri Pantai, Seberang Takir , 21300 Kuala Terengganu


Tarikh temuduga : 22 Jun 2014 

Lokasi : Kelantan
Alamat : 21 RAMD, Kem Pengkalan Chepa, 16100 Pengkalan Chepa


Tarikh temuduga : 24 Jun 2014 

Lokasi : Perak
Alamat : L 4 RS, Kem Gerik, 33300 Gerik


Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 

Lokasi : Selangor
Alamat : 4 RSD, Kem Erskine, 44000 Kuala Kubu Bharu



*ZON SABAH / SARAWAK


Tarikh temuduga : 17 Jun 2014 

Lokasi : Sabah
Alamat : 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 Sandakan


Tarikh temuduga : 26 Jun 2014

 Lokasi : Sabah
Alamat : MSS Lok Kawi, 89580 Kota Kinabalu


Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 

Lokasi : Sabah
Alamat : Bn 1 Rej 507 (AW) Kem Paradise, 89150 Kota Belud


Tarikh temuduga : 26 Jun 2014 

Lokasi : Sabah
Alamat : Rej 516 AW, Kem Kukusan, 91000 Tawau


Tarikh temuduga : 17 Jun 2014 

Lokasi : Sarawak
Alamat : 20 RAMD, Kem Sri Miri, 98000 Miri


Tarikh temuduga : 19 Jun 2014 

Lokasi : Sarawak
Alamat : MK 3 Bgd, Kem Penrissen, 93250 Kuching


Tarikh temuduga : 22 Jun 2014 

Lokasi : Sarawak
Alamat : 13 RAMD, Kem Pakit, 95000 Sri Aman


Tarikh temuduga : 25 Jun 2014 

Lokasi : Sarawak
Alamat : MK 9 Bgd, Kem RASCOM, 96000 Sibu.



Rabu, 20 Mac 2013

Guru mulut longkang direman polis untuk siasatan


Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang.

“Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis,” kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai “anjing” dan menganggap kematian mereka sebagai “mati katak” dalam laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh.

Selasa, 12 Mac 2013

Lahad Datu : Kenapa Polis dulu baru ATM...


RAMAI yang bertanya mengapa pihak tentera tidak digunakan dalam menangani krisis pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu.

Mereka beranggapan sekiranya tentera digunakan, maka selesailah masalah dengan pantas. Ada yang berkata komando tentera lebih hebat dan lain-lain lagilah!

Namun ada justifikasi atau alasan tertentu mengapa pihak polis digunakan terlebih dahulu. Mungkin semasa tulisan ini dikeluarkan pihak tentera sudah pun menggempur masuk ke kawasan terbabit.

Saya ada menerima maklumat mengenai sebab-musabab mengapa kerajaan menggunakan pihak polis dan bukan tentera dalam menangani kancah krisis itu.

Alasannya ialah: Sekiranya tentera digunakan terlebih dahulu bermakna kita sudah mengisytiharkan perang dengan Kesultanan Sulu.

Itu juga bermakna kita telah mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah kerana mengisytihar perang terhadap kita.

Jika ini berlaku ia akan tertakluk kepada Konvensyen Geneva dan beberapa protokol antarabangsa.

Sekiranya polis digunakan sebagai pemerintah dalam operasi itu bermakna, kita masih menganggap ‘tentera Sultan Sulu’ itu sebagai penjenayah atau penceroboh dan bukan combatant atau tentera perang.

Polis boleh menangkap dan menahan (istilah untuk polis) dan bukan menawan – menawan ialah istilah tentera, dan terdapat perbezaan antara kedua-dua istilah itu.

Pihak penceroboh yang ditahan akan ditakrif sebagai tahanan jenayah dan bukan tawanan perang.

Oleh itu, tuduhan di mahkamah awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang dibuat ke atas lanun Somalia yang kita tahan kerana mencerobohi kapal minyak negara di perairan Somalia sedikit masa lalu.

Mereka tidak dianggap sebagai tawanan perang.

Jika kaedah polis itu diambil, para penceroboh itu boleh diekstradisikan (dihantar balik) ke Filipina dengan lebih mudah.

Jika tindakan ketenteraan atau kita anggap perang diambil, maka sukar hendak dibicarakan dan di mana hendak ditempatkan atau diklasifikasikan mereka ini?

Lagi penerangan DISINI...

Maka terjadilah seperti kisah CIA dan penjara rahsianya (black site) semasa kempen perang menentang pengganas (war on terror) yang mereka laksanakan.

Nyata maklumat itu, adakah jika kita mengambil pendekatan tentera, maka kita kenalah penjarakan mereka di black site seperti di Guantonamo Bay juga?

Oleh sebab itulah, menurut maklumat itu, kita mengambil langkah kepolisan terlebih dahulu.

Namun, sekiranya keadaan tidak boleh dikawal lagi maka Local Area Emergency (Darurat Setempat) boleh diisytiharkan.

Ini bermakna pihak tentera boleh mengambil alih kawasan Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Ia seperti darurat sewaktu ribut banjir di New Orleans dahulu apabila tentera Amerika mengambil alih tugas dan bukan lagi polis tempatan.

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia yang diisytihar darurat dan juga bukanlah bermakna peperangan antara kerajaan Malaysia dengan Kesultanan Sulu.

Darurat itu hanya untuk keselamatan sahaja dan di local area atau kawasan setempat dan mungkin bukan seluruh Lahad Datu pun. Ia hanya meliputi kawasan pencerobohannya sahaja.

Nampaknya kerajaan kita cukup berhati-hati dalam menangani hal ini.

Ia mengambil langkah satu persatu, walaupun setakat ini banyak nyawa anggota keselamatan kita yang sudah terkorban.

Maklumat itu juga menambah, dalam kes Al Maunah dahulu, pada peringkat awal operasinya dikendalikan oleh pihak polis.

Kemudian tentera mengambil alih. Tuduhan ke atas Mohd. Amin (ketua Al Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh. Beliau dituduh sebagai combatant perang.

Mengenai persoalan sempadan kita yang mudah dibolosi, maklumat itu menyatakan: Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur serta luas dan menjadi tradisi penduduk tempatan dan sekitar berulang-alik.

Tiada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar ialah Israel dan Vatican. Israel kerana temboknya dan Vatican City kerana dindingnya dikepung oleh bandar Rom. Hatta, Amerika Syarikat pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico.

Negara China yang terkenal dengan Great Wall-nya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia nomad atau bangsa padang Steppe yang ulang-alik.

Ia juga serupa dengan kes di Lahad Datu, yang digunakan oleh golongan manusia seperti Bajau Laut yang tidak mengenal batas sempadan.

Apa sekali pun, takziah kita kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam misi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air kita ini.

Semoga insiden ini menjadi satu pengajaran yang amat bernilai untuk negara kita.

Al-Fatihah.







Isnin, 11 Mac 2013

Lahad Datu : Operasi 'Mopping and Search' oleh ATM


Lihat foto kereta kebal di bawah yang dibekalkan oleh pasukan keselamatan ini menunjukkan kawalan rapi menggunakan kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tepi pantai Kampung Tanduo. Kereta perisai turut digunakan bagi operasi `Mopping and Search' pasukan keselamatan di kawasan dikenal pasti.






*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
Foto ihsan Kementah

Rabu, 6 Mac 2013

Lahad Datu : Pengganas Sulu dibersihkan dari bumi Sabah


Saki baki pengganas dari Sulu, Filipina, yang dipercayai masih bersembunyi di Kampung Tanduo, dekat sini, akan dijejaki dan diburu `hingga ke lubang cacing’ oleh anggota pasukan keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sehingga petang semalam, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih melakukan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan seluas empat kilometer persegi sekitar kampung itu yang diisytiharkan sebagai zon pertempuran.

“Operasi menjejak ini dilakukan kerana kita yakin ada pengganas masih hidup serta cuba melarikan diri. Serentak dengan itu juga, saya mengarahkan semua komander supaya lebih berhati-hati kerana tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban.

“Operasi dijalankan dengan perlahan dan berhemah berikutan keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata dan berbukit. Sehingga sekarang operasi masih berjalan,” katanya pada sidang media Residental Felda Sahabat, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Menurutnya, operasi bersih dan geledah itu bermula kira-kira jam 11 pagi, sejurus serangan melalui udara dan darat dihentikan. Sebelum itu, serangan melalui udara selama kira-kira 30 minit dilakukan bermula kira-kira jam 7 pagi menggunakan tiga jet pejuang F/A-18D dan lima pesawat Hawk yang melepaskan tembakan ke arah zon sasaran.




* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan






'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...