Memaparkan catatan dengan label Abby Gedik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abby Gedik. Papar semua catatan

Khamis, 12 Jun 2014

Abby Gedik dicerai suami kedua


Penyanyi dan pelakon Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai melalui SMS yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu.




Abby Gedik kali ini betul-betul gedebik sama ex dia


Hakim Syarie Syaiful Azli Jamaludin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Muhammad Noor Farhan selepas mendapati lafaz kinayah (secara kiasan) itu memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Bagaimanapun lafaz cerai kali pertama yang dibuat Muhammad Noor Farhan juga melalui SMS kepada seorang kenalan pada Januari lalu adalah tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Permohonan pengesahan lafaz cerai dikemukakan Abby mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.


Sementara itu dalam laman Twitternya semalam, dia menafikan ada mencederakan bekas suaminya itu dengan menggunakan kunci motosikal.


Bekas suami Abby dakwa didera mental, fizikal
Kesian mamat ni ke gedebik sama bini artis nya


"Pegang kunci motosikal pun tidak pernah...kenapa macam tu?," katanya.

Abby berkata luka di muka Farhan sengaja dilakukan menggunakan pisau cukur.

"Nampak sangat menipunya...Dalam gambar misai berdarah-darah, tapi dalam gambar pegang report ada pulak misai," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, Abby, 37, berkata, dia reda.

“Saya tidak trauma. Bukan saya minta penceraian ini. Saya kuat hadapi ujian ini kerana yakin ALLAH bersama saya,” katanya.

Abby memberitahu, dia telah berusaha dan berdoa, namun tidak nampak jalan untuk menyelamatkan perkahwinan keduanya itu.

Katanya, dia tidak serik untuk kahwin demi anak-anak.

"Saya mahu hidup ada lelaki kerana tidak semua benda boleh buat sendiri,” katanya.



“Saya didera mental dan fizikal,” kata Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, bekas suami pelakon dan aktivis PAS, Abby Abadi ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.

Beliau mendakwa Abby pernah memukulnya dengan kunci motosikal hingga menyebabkan kecederaan di muka sekitar Januari lalu.


 Katanya, kejadian pertama berlaku selepas Abby mendapat tahu yang dia memaklumkan kepada seorang kenalannya bahawa antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

Ia disusuli dengan kejadian kedua pada 17 Mei lalu, kira-kira seminggu selepas dia menghantar lafaz cerai melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), iaitu pada 9 Mei.

Dalam kejadian itu, Farhan mendakwa Abby mencakarnya di tangan dan muka selepas dia enggan berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka, menyebabkan dia takut lalu membuat laporan polis di Balai Polis Ampang pada hari sama.

“Saya perlukan ruang ketika itu tetapi dia tetap cari dan desak saya. Apabila saya tak mahu (berbincang) dia cakar saya di tangan dan muka.

“Saya jadi takut sebab itu buat laporan polis. Laporan itu dibuat untuk jarakkan saya dengan dia, supaya dia (Abby) tidak mendekati saya. Dia tahu mengenai laporan itu, saya ada maklumkan dia,” katanya sambil menunjukkan bukti kesan kecederaan, gambar dan laporan polis terbabit.
Dia bagaimanapun berkata, perkara itu tidak didedahkan di dalam mahkamah kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Selain dicakar, Farhan turut mendakwa punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan sikap Abby yang suka mendesak terutama apabila membabitkan soal kewangan.

“Dia selalu desak saya, apabila tak ada duit, dia desak dan pernah kata saya tak mendatangkan apa-apa faedah pada dia. Saya tak tahu apa yang dia harapkan daripada saya.

“Saya kerja sendiri, gaji hari... jadi saya cuma bagi apa yang saya mampu,” katanya yang menolak faktor jarak usia yang terlalu jauh menjadi punca perpisahan mereka.

Ditanya sama ada dia masih sayangkan Abby, Farhan berkata, dia sudah tawar hati dan tidak terfikir untuk rujuk kembali selepas apa yang terjadi.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan lafaz kedua oleh Farhan menerusi SMS yang dibuat pada 9 Mei lalu berbunyi, ‘Aku ceraikan kau’ disusuli satu lagi SMS, ‘Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku’ adalah sah.

Beliau memutuskan demikian selepas meneliti dokumen dan berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak berhubung lafaz cerai pada jam 10.25 pagi itu. Lafaz secara kinayah atau kiasan itu dihantar kepada Abby selepas berlaku pertengkaran antara mereka pada malam sebelum kejadian.

Abby selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak bagi pengesahan lafaz cerai pertama yang dibuat oleh Farhan sekitar Januari lalu, juga menerusi SMS berikutan lafaz itu tidak memenuhi rukun dan syarat talak. 




* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan




Rabu, 27 Mac 2013

BONGKAR!!!...Skandal Abby Gedik RM50,000 di London


Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat, merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan industri dunia hiburan tanah-air dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana. Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan. Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ingin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London! Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby! Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak! Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Kalau beliau betul sudah insaf, bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twitter dan juga berceramah, penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.

Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didakwa orang ramai sebagai tengah meroyan ini.

Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing. Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.

Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.


KM : Gua memang dah lamer anti minah gedik ni, memang tak bole percaya punyer...ikuti kisah lebih pedas di laman otai ni iaitu SanggahTokJanggut.









Sabtu, 14 Julai 2012

Abby Abadi Gedik Masuk Pas?





Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Gedik, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977 dan berstatus janda.

Abby Gedik turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Pernah menjadi gadis pengacara Roda Impian (tukang pusing roda) bersama Halim Othman selama dua musim.

Berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas. Merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Beliau mempunyai 3 orang cahayamata. Mohammad Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim. Pada 2009 mereka telah disahkan bercerai.

Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, Abby Gedik sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.

Baru-baru ini Abby Gedik dicabar oleh bekas pelakon Gerak Khas juga, Dato AC Mizal untuk berdebat secara terbuka tentang isu penghinaannya terhadap PDRM. Bukan sengaja KM nak gelarkan dirinya gedik tapi kalau pembaca tonton video di atas betoi-betoi, memang banyak kata-kata/aksi gedik dan poyoo nyer, iskhhh...betoi ke dia ni dah berubah atau hanya nak publisiti sahaja akibat kecewa selepas bercerai/bercinta. Tapi bila cakap pasal 'taste', Abby Gedik memang high taste...tau, kelas u, bila suatu ketika dahulu dia dengan pernah bersayang-sayang dengan lelaki berbadan sasa, Zul Ariffin yang juga pelakon...memang badannya lagi keras dari Norman yang kurang bergym tu (jangan marah yea abg Norman).

Kesian juga kat dia ni dah lama berjanda sampai tersasul tercakap dalam ceramahnya yang dia nak cari calon dari kalangan ustaz-ustaz....hrmmm kalor camtu ramai ler ahli PAS ngaku dia ustaz (kelebihan kepada yang berbadan sasa....hrmmm,ehem). Tapi takot satu jer mintak dia jangan jadi Tukang Putar @ spinner kepada PAS sebab dulu dia memang biasa buat kerja putar-putar ni dalam rancangan tv.



psssttt : teringin nak ajak abby naik motor besor



ISLAM IS FOR ALL
ISLAM IS NOT ONLY FOR PAS


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...