Memaparkan catatan dengan label jubor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jubor. Papar semua catatan

Khamis, 24 Julai 2014

Sontot jubor sepupu polis buru suspek umur 15 tahun


Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman.
Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, ibu mangsa yang sedang berehat di rumahnya telah dimaklumkan seorang lagi anak saudaranya yang ternampak mangsa bersama suspek berada di kawasan semak belakang sebuah rumah.

Katanya, ibu mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini bergegas ke lokasi dimaksudkan dan tergamam apabila melihat anaknya sedang melakukan perkara tersebut.

“Suspek yang terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya segera memberhentikan perbuatan terkutuknya itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sememangnya rapat dengan mangsa dan sebelum ini sering bermain dengannya, malah suspek juga dikatakan kerap membawa mangsa ke dalam semak itu,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kijal kelmarin untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu suspek yang melarikan diri giat dilakukan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.



Isnin, 21 Januari 2013

Ponggong besor idaman setiap lelaki


Mikel Ruffinelli dari Los Angeles tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter. Dalam keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat.

Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah. Bagaimanapun, wanita itu yang hanya mempunyai berat 63kg ketika berusia belasan tahun, bangga dengan bentuk tubuhnya. Dia tidak mempunyai rancangan untuk menurunkan berat badan meskipun sering diejek.

“Ke mana saja saya pergi, pinggul saya akan menjadi tumpuan. Ada yang mengejek dan ada yang memuji. Apabila saya berjalan di jalan raya, saya boleh mendengar bunyi klik kamera telefon dan orang akan mentertawakan saya. “Saya pernah terdengar orang sekeliling berkata, ‘Tengok pinggulnya yang besar.’
Ada orang menyangka saya menjalani pembedahan untuk membesarkan pinggul saya. Tetapi, ia sebenarnya asli. Mungkin ia kesan daripada mempunyai empat anak. Tetapi keluarga saya memang berpinggul besar,” kata wanita itu.

MIKEL bangga dengan bentuk badannya. Mikel bersaiz normal seperti kanak-kanak biasa ketika remaja. Malah ketika berusia awal 20-an, berat badannya hanya 82kg.

Tetapi, pada usia 22, beratnya bertambah 25kg selepas melahirkan anak pertama, Andrew, yang kini 18. Selepas anak kedua, Destynee, 13, Autumn, lapan dan Justyce, tujuh, dilahirkan, beratnya meningkat mendadak dan pinggulnya terus membesar.

Meskipun dengan bentuk tubuhnya, Mikel hanya setinggi 195 sentimeter dan lilit pinggangnya pula 102 sentimeter. Mikel dari Los Angeles mengaku berdepan dengan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian akibat saiznya itu.

“Saya perlu membeli tiket untuk dua tempat duduk setiap kali menaiki pesawat atau kereta api kerana tak muat. Ia sudah tentu mahal. Saya sanggup memandu trak daripada menaiki pengangkutan awam kerana ia cukup besar untuk saya.

Untuk berjalan menerusi ruang yang sempit juga menjadi masalah utama. Saya juga terpaksa mengiring untuk memasuki pintu masuk. Saya tidak boleh menutup pintu bilik air kerana pinggul saya tersekat.

Pernah berlaku satu kejadian di mana saya tersepit dalam bilik air dan tidak berdaya untuk keluar,” katanya. Namun, wanita itu masih dapat menyertai kegiatan keluarga seperti rutin untuk menyihatkan tubuh di rumah dan bersiar-siar di taman atau tepi pantai. “Mencari pakaian yang sesuai untuk bahagian bawah tubuh menjadi satu cabaran. Saya juga terpaksa menempah khas semua pakaian dalam saya waktu ini,” katanya.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.






'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...