Khamis, 19 September 2013

Syabas Calon KP dan NKP Pemuda Umno Bahagian Gopeng


Tiga teras utama yang dibawa oleh calon Ketua Pemuda Bahagian Gopeng saudara Mohamad Adli Mohd Tahiruddin dan calon Naib Ketua Pemuda saudara Shamuddin Tajudin bersama barisannya sebagai tumpuan pemuda kali ini ialah: 

1-Pemuda Gopeng bersedia untuk mempunyai Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO sendiri. Persiapan telah di buat untuk menjadikan lot kedai dua tingkat taman seri raia, kampung kepayang.Bangunan itu yang dimiliki oleh calon Kp sendiri dan sebelum ini digunakan juga oleh UMNO Bahagian Gopeng tanpa bayaran sebagai pusat logistik semasa PRU13 yg lalu. Dengan adanya pejabat tersebut maka dapatlah pengurusan Pemuda UMNO Gopeng serta kerja-kerja persiapan menghadapi PRU 14 akan berpusat di situ.Pemuda pemuda Gopeng juga dapat berkumpul untuk memantapkan gerakan dalam menghadapi PRU14 yg akan datang. 

2-Gerakerja penambahan undi Biro pendaftaran pengundi dan keahlian akan ditubuhkan dan ketua biro dikalangan jawatan kuasa pemuda bahagian akan dilantik sebagai penolong pendaftar SPR untuk menjalankan kerja-kerja pendaftaran pengundi baru. Semua ini perlu di fokuskan dan menjadi agenda utama pemuda bahagian untuk menghadapi PRU 14 akan datang dan juga akan mendesak pucuk pimpinan BN untuk menyerahkan kerusi parlimen gopeng kembali kepada UMNO. 

3-Merakyatkan semula Pemuda Umno Bahagian Gopeng Telahpun dipersetujui bersama di kalangan ketua ketua pemuda cawangan yang menjadi barisan Ahli Jawatankuasa Bayangan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng untuk menganjurkan program program yang melibatkan masyarakat setempat. Jentera untuk melaksanakan program adalah di kalangan ahli ahli pemuda UMNO Gopeng itu sendiri agar pemuda pemuda cawangan serta ahli cawangan dapat terlibat secara langsung dengan program program rakyat yang di anjurkan. Ini dapat mengeratkan silatulrahim di antara rakyat setempat dan UMNO itu sendiri. 

Dengan pendekatan tersebut dapatlah calon serta ahli jawatankuasa yg telah di bentuk dapat merakyatkan Pemuda UMNO Gopeng agar diterima oleh semua lapisan masyarakat dan insya'allah penerimaan tersebut dapat diterjemahkan kepada undi di PRU 14 yg akan datang.


Syabas saya ucapkan dan SELAMAT MAJU JAYA BUAT PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOPENG 



 * dari blog Budak Benteng


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...