Ahad, 29 September 2013

Etika Pemilihan Umno 2013


Calon-calon yang melanggar tataetika akan dikenakan tindakan tetapi laporan perlu dibuat secara jelas terhadap mereka. Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Majmuddin Megat Khas berkata laporan yang jelas perlu dikemukakan bagi membolehkan Jawatankuasa Disiplin bertindak melakukan siasatan.
"Kalau (calon) langgar etika, mesti ada laporan yang sah. Kalau hanya cakap-cakap kedai kopi sahaja tak boleh, kena ada laporan yang tunjukkan bila, tarikh, masa dan di mana," katanya pada sidang media Pemilihan Umno 2013, di sini, Rabu.
Megat Najmuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak dan calon tertentu yang didakwa berkempen secara persendirian dan juga di laman Facebook baru-baru ini. Bagaimanapun katanya, sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan sama ada mengenai tataetika calon. Dalam pada itu beliau turut mengulas mengenai dakwaan wujudnya calon proksi dalam pemilihan kali ini.
"Sekiranya proksi jelas melanggar tataetika dan jelas merupakan proksi kepada calon, tindakan akan diambil, tapi kena ada laporan," jelasnya.
Mengenai tiga calon penyandang naib presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal yang menjadi pencadang antara satu sama lain, beliau berkata perkara itu juga tidak melanggar tataetika pemilihan. 

Sementara itu Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Raof Yusoh berkata Ibu Pejabat Umno mempunyai pasukan pemantau yang memantau pergerakan calon.
Katanya, pasukan tersebut akan bertindak berdasarkan maklumat pemantauan dan laporan.
"Sekiranya pemantau memberi maklumat di samping laporan yang diterima, tindakan akan diambil," katanya



1.Pengenalan

Setiap perkara yang termaktub didalam tataetika Ahli UMNO adalah terpakai dalam tempoh Pemilihan UMNO bagi sesi Pemilihan 2013-2016. Ahli-ahli UMNO yang bertanding adalah diingatkan supaya menjadikan TATAETIKA AHLI UMNO sebagai panduan dan rujukan sepanjang tempoh berkempen.

Sekiranya didapati mana-mana ahli UMNO melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang dinyatakan dibawah, maka ahli-ahli UMNO bolih dikenakan mana-mana hukuman dibawah Fasal 20.9 (a)-(e) perlembagaan UMNO.

Ahli-ahli UMNO dilarang daripada melakukan kesalahan-kesalahan berikut:-

2.1 RASUAH / SOKONGAN POLITIK

2.1.1 Tidak bolih menyalahgunakan apa jua kuasa dengan tujuan mendorong atau memaksa ahli-ahli UMNO mengundi dalam pemilihan parti bagi pihak nya sendiri atau bagi pihak lain.

2.1.2 Tidak boleh memberi atau meminjam atau meminta atau menawarkan, menjajanjikan atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk mendapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai dengan tujuan mendorong seseorang Ahli dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.

2.1.3 Tidak boleh memberi atau menerima bagi pihaknya secara langsung atau secara tidak langsung apaapa jua hadiah, benda atau faedah sama ada secara zahir atau sebalknya bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak lain.


2.2 MENGGUNAKAN KEKERASAN DAN UGUTAN

Tidak boleh menggunakan atau megancam untuk menggunakan apa-apa jua bentuk kekerasan sama ada secara fizikal atau bukan fizikal, paksaan, ugutan atau halangan secara langsung atau tidak langsung, dengan tujuaan untuk mengakibatkan kecacatan, kerosakan atau kerugian ke atas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa mana-mana Ahli atau keluarga agar mengundi mana-mana Ahli lain dalam pemihan parti.

2.3 PENERBITAN DAN PENGGUNAAN MEDIA MASSA, ELEKTRONIK ATAU INTERNET

Tidak boleh menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, makalah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti dalam pemilihan parti.

2.4 FITNAH

Mana-mana Ahli dilarang mengeluarkan sesuatu kenyataan tenteng seseorang Ahli lain yang boleh merendahkan reputasinya dalam masyarakat atau menyebabkan masyarakat menghindarinya atau mengelaknya.

2.5 EJEN, PELOBI, PENGURUS KEMPEN ATAU PERAYU UNDI

2.5.1 Bagi peringkat Majlis Tertinggi, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali untuk majlis penerangan dan/atau kempen yang dianjurkan dibawah seliaan IBU PEJABAT UMNO MALAYSIA.

2.5.2 Bagi peringkat Bahagian, Ahli-ahli parti dilarang daripada berkempen bagi pihak dirinya dan/atau menjadikan dirinya sebagai ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi bagi mendorong seseorang Ahli supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pemilihan parti bagi pihaknya sendiri atau bagi pihak mana-mana calon untuk mana-mana peringkat pemilihan parti kecuali yang dianjurkan dibawah selian BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI masing-masing.

2.6 MAJLIS DAN PERTEMUAN

2.6.1 Tidak menganjurkan samaada secara langsung atau tidak langung sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon kecuali yang dianjurkan oleh IBU PEJABAT UMNO MALAYSIA dan/atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri dibawah seliaan BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI.

3. DERMA/BANTUAN KEPADA PARTI

3.1 Ahli-ahli adalah dilarang samaada secara langsung atau tidak langsung, memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi Ahli didalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain.

4. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM

4.1 Ahli-ahli parti dilarang membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan/atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan PARTI.



Kenyataan Akhbar

Tan Seri Megat Najmuddin Datuk Seri Dr. Haji Megat Khas
Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Malaysia
25 hb. September 2013



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...