Akhirnya secara rasmi, Nokia dan Microsoft melancarkan tiga peranti Androidnya X, X+ dan XL yang menggabungkan reka bentuk Nokia dan OS Android serta pada masa sama menawarkannya pada harga rendah kepada pengguna.
Nokia XL yang berskrin 5 inci akan dijual pada harga kira-kira RM500 saja dan Nokia X+ yang berharga hanya pada RM450 dengan paparan 4-inci.
Manakala Nokia X akan dijual pada harga RM410. Meskipun dengan tiga peranti serentak dilancarkan Nokia pada Kongres Mudah Alih Sedunia 2014 yang kini berlangsung di Barcelona, Sepanyol, syarikat Finland tersebut masih enggan menganggap ia sebagai pencabar syarikat seperti Samsung.
Dan walaupun ikrar taat setia pada Microsoft sebelum dilaksanakan syarikat tersebut, Nokia akhirnya mengalah dengan kehendak pasaran Android yang dilaporkan menguasai 60 hingga 70 peratus sistem operasi di seluruh dunia.
Meskipun menggunakan Android, Nokia X tidak mempunyai akses ke Google Play atau aplikasi khusus Google seperti Gmail, Chrome, Maps dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, aplikasi Android akan beroperasi pada peranti dengan hanya sedikit ubahsuai yang dikehendaki oleh pembangun. Nokia mewujudkan stor aplikasi 'Android'nya sendiri yang masih menyerupai Google Play dari segi penawaran aplikasi.
Ia juga akan menyepadukan stor tersebut dengan aplikasi yang terdapat dalam Nokia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan