Jumaat, 16 Mei 2014

Bakal Calon DAP PRK 2014 Teluk Intan


Dah Melayu UMNO tak nak jaga orang Melayu baik kita pangkah Melayu DAP jer...
sama jer harapkan slogan jer yang gah
'Tiada yang tertinggal
Tiada yang terpinggir'

...harapkan pagar, pagar makan padi!!!

kita kasi peluang pada anak muda ni untuk berkhidmat tengokkk boleh pakai tak?



Siapa itu Dyana Sofya?


Nama penuhnya Dyana Sofya Mohd. Daud.
Berusia 27 tahun.

Keluarganya, terutama ibunya ialah bekas orang kuat Wanita UMNO di Perak. Kerana kecewa dalam UMNO dia menjadi penyokong DAP. Anaknya, Dyana Sofya kini ialah Setiausaha Politik Melayu kepada Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Angin-angin bertiup mengatakan Dyana Sofya akan dicalonkan bertanding atas tiket DAP di PRK Parlimen Teluk Intan.


Dyana Sofya Mohd Daud (gambar)berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas ...

Dyana Sofya hadir ke majlis itu bersama-sama ibunya, Yammy Samat.
Saya tidak sempat bertemu de­ngan Dyana Sofya mahupun ibunya pada malam itu untuk mengesahkan dengan tuan tubuh sendiri. Awal tahun 2012, siswazah undang-undang dari UiTM itu mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Dalam wawancara pemberita bertajuk “Dyana, dari keluarga UMNO kepada bintang DAP", portal itu menulis: Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Apa pun kita tunggu benarkah goyangan pokok-pokok oleh khabar angin itu.

Jika benar, adakah BN akan tetap meletak calon dari MCA atau calon Melayu?


1 ulasan:

  1. bagi akulah ..sekalipun kadang-kadang Umno nampak kurang memperjuangkan Melayu dan bumiputera namun kerana dasar-dasar Umnolah,banyak nikmat yang dinikmati oleh orang-orang Melayu samada daripada Pas ,pkr dan budak apa entah,...dyana...sedar atau tidak kita bernaung dan menghirup udara keamanan dibumi ini adalah atas naungan Umno.Memang UMNO tak sempurna kerana Umno bukan tuhan..ia hanya wadah perjuangan.....buruk dan baik Umno terletak atas pejuang-pejuangnya.Janganlah jadi macam budak ni dan keluarganya......mendengar saja guruh dilangit....berani pula membuang air dalam tempayan sedangkan dentuman guruh belum tentu hujan akan turun....kalau kita masih tempang ,janganlah berani membuang tongkat ...tak pasal-pasal jatuh tersembam kebumi.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...