Rabu, 27 Mei 2015

Besok boleh tekan atm RM300 duit BR1M 4.2 ada masuk ka tarak


Seramai 4.65 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kedua akan menerima pembayaran mulai esok.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran peringkat kedua ini turut membabitkan tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

"Bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, pada masa sama, Kerajaan turut memperkenalkan Skim Khairat Kematian (SKK) dengan bantuan sebanyak RM1,000 yang bertujuan membantu waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas yang sudah meninggal dunia.

Katanya, sehingga kini, lebih 16,000 tuntutan SKK sudah diluluskan.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...