Jumaat, 20 Mac 2015

SPAD tidak turun tambang semasa harga minyak turun, Hamid Albar bakal ditempelak rakyat


Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta-merta manakala kadar tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus mulai 15 Mei ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar ketika mengumumkan kadar baharu itu berkata, keputusan membenarkan kenaikan tersebut setelah mengambil kira kenaikan kos terpaksa ditanggung pengusaha pengangkutan awam.

Berdasarkan kadar tambang baharu, penumpang teksi 1Malaysia (Teks1M) di Pulau Pinang perlu membayar RM19.80 bagi 10 kilometer pertama berbanding RM11.80 sebelum ini manakala penumpang di Lembah Klang dan Johor Bahru pula sebanyak RM17.50 bagi 10 kilometer pertama berbanding RM10.80 pada kadar lama.

Bagi teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru pula, penumpang perlu membayar RM14.30 di bawah kadar baharu berbanding RM10.80 pada kadar lama bagi 10 kilome­ter pertama; dan di Pulau Pinang, RM17.50 pada kadar baharu berbanding RM11.80 pada kadar lama dan kereta sewa pula RM14.50 berdasarkan kadar siling yang baharu.

“Penyelarasan kadar tambang ini dibuat selepas mengambil kira ke­perluan pihak pengusaha, kos sara hidup dan operasi serta kepenting­an orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu. Penetapan kadar baharu terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan tambang di buat pada 2009.

“Kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan kadar tambang teksi eksekutif dan lapangan terbang,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam di Ibu Pejabat SPAD di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismail Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Dr. Prodyut Dutt.

Dalam perkembangan sama beliau berkata, peningkatan kadar tambang bas ekspres dianggarkan antara RM4.60 sehingga RM11 berikutan kadar baharu iaitu 11.4 sen bagi setiap satu kilometer berbanding 9.3 sen sebelum ini.

“Kami sudah mengkaji dan menilai kadar munasabah yang tidak membebankan orang ramai,” katanya dengan menambah, pengusaha teksi perlu menyusun semula meter di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kadar baharu itu.

“Saya mahu semua pemandu teksi lebih patuh dan bertanggungjawab dengan pengumuman kadar baharu ini dan tidak mengambil kesempatan,” kata Syed Hamid.

Ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan bagi perkhidmatan di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana, beliau berkata, perkara itu hanya akan diumumkan oleh syarikat terbabit.

Beliau juga menegaskan, penyelarasan kadar baharu itu tidak dibuat berikutan penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa 1 April ini sebaliknya mengambil kira kepentingan semua pihak.

Sementara itu, Keretapi Tanah Me­layu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan memberitahu akan melaksanakan kadar tambang baharu selepas mendapat kelulusan SPAD memandangkan pelarasan harga dilakukan kali terakhir pada Februari 2003.

Kata kenyataan tersebut, perbezaan kadar tambang sehala baharu berbanding sedia ada bergantung kepada jarak perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain.

4 ulasan:

  1. Macam Babi punye perangai.....

    BalasPadam
  2. SPAD mengarut betul , adakah patut budak2 UTM dari jauh naik bas ekspres tak boleh turun di SRI PUTERI dan terpaksa pergi Stesen Bas Larkin.
    Begitu juga nak ambil bas ke utara, sedangkan turunkan penumpang pun tak dibenar. Peraturan apa ini yang menyusahkan org ramai, fikir guna akal sikit kesian budak2 UTM.

    BalasPadam
  3. Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

    Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

    1. Syed - Outsidethe box.
    2. Din Turtle.
    3. Apanama
    4. A Kadir Jasin
    5. Zainuddin Maiden
    6. Celah Gelegar
    7. Putra Merdeka
    8. Just Read
    9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
    10. Mummy Rokiah
    11. Another Bricks of The Wall
    12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
    13. Just My Thoughts

    Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

    Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

    Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

    Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

    Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

    Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

    Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???

    BalasPadam
  4. LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.

    TUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.

    RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?

    APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?

    KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...