Jumaat, 20 Mac 2015
SPAD tidak turun tambang semasa harga minyak turun, Hamid Albar bakal ditempelak rakyat
Tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus berkuat kuasa serta-merta manakala kadar tambang bas ekspres akan naik 22.6 peratus mulai 15 Mei ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar ketika mengumumkan kadar baharu itu berkata, keputusan membenarkan kenaikan tersebut setelah mengambil kira kenaikan kos terpaksa ditanggung pengusaha pengangkutan awam.
Berdasarkan kadar tambang baharu, penumpang teksi 1Malaysia (Teks1M) di Pulau Pinang perlu membayar RM19.80 bagi 10 kilometer pertama berbanding RM11.80 sebelum ini manakala penumpang di Lembah Klang dan Johor Bahru pula sebanyak RM17.50 bagi 10 kilometer pertama berbanding RM10.80 pada kadar lama.
Bagi teksi bajet di Lembah Klang dan Johor Bahru pula, penumpang perlu membayar RM14.30 di bawah kadar baharu berbanding RM10.80 pada kadar lama bagi 10 kilometer pertama; dan di Pulau Pinang, RM17.50 pada kadar baharu berbanding RM11.80 pada kadar lama dan kereta sewa pula RM14.50 berdasarkan kadar siling yang baharu.
“Penyelarasan kadar tambang ini dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha, kos sara hidup dan operasi serta kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu. Penetapan kadar baharu terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan tambang di buat pada 2009.
“Kenaikan kadar tambang baharu ini tidak melibatkan kadar tambang teksi eksekutif dan lapangan terbang,” katanya dalam sidang akhbar mengumumkan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam di Ibu Pejabat SPAD di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismail Mohamed Kamal dan Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Dr. Prodyut Dutt.
Dalam perkembangan sama beliau berkata, peningkatan kadar tambang bas ekspres dianggarkan antara RM4.60 sehingga RM11 berikutan kadar baharu iaitu 11.4 sen bagi setiap satu kilometer berbanding 9.3 sen sebelum ini.
“Kami sudah mengkaji dan menilai kadar munasabah yang tidak membebankan orang ramai,” katanya dengan menambah, pengusaha teksi perlu menyusun semula meter di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kadar baharu itu.
“Saya mahu semua pemandu teksi lebih patuh dan bertanggungjawab dengan pengumuman kadar baharu ini dan tidak mengambil kesempatan,” kata Syed Hamid.
Ditanya mengenai kadar yang akan dikenakan bagi perkhidmatan di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana, beliau berkata, perkara itu hanya akan diumumkan oleh syarikat terbabit.
Beliau juga menegaskan, penyelarasan kadar baharu itu tidak dibuat berikutan penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa 1 April ini sebaliknya mengambil kira kepentingan semua pihak.
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan memberitahu akan melaksanakan kadar tambang baharu selepas mendapat kelulusan SPAD memandangkan pelarasan harga dilakukan kali terakhir pada Februari 2003.
Kata kenyataan tersebut, perbezaan kadar tambang sehala baharu berbanding sedia ada bergantung kepada jarak perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain.
Khamis, 13 November 2014
Lebuhraya ke utara sesak akibat lori gas terbalik di km 257
Dua kanak-kanak lelaki cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah treler membawa muatan penuh tong gas petroleum cecair (LPG) dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini semalam.
Kejadian pukul 9.30 pagi berdekatan Terowong Menora itu berlaku apabila treler terbabit yang dalam perjalanan ke arah utara dari Ipoh tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Akibat kemalangan itu, kira-kira 50 tong gas yang dibawa treler terbabit tercampak di atas jalan dengan sebahagian daripadanya turut bertaburan di laluan bersebelahan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang sedang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dari Kuala Kedah, Kedah yang kebetulan melalui tempat kejadian tidak sempat mengelak lalu merempuh beberapa tong gas yang berada di hadapannya.
Menurutnya, pemandu, Mohd. Nasir Jaafar, 40, dan anaknya, Muhammad Syakirin, 10, sempat keluar sebelum kenderaan mereka terbakar akibat letupan tong gas yang dirempuh.
Selasa, 24 Jun 2014
Kastam tangkap sindiket kereta mewah di Perak
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan kereta mewah dengan tertangkapnya empat lelaki termasuk dua penjawat awam dan rampasan enam kenderaan mewah sekitar Perak, Lembah Klang dan Pahang dengan nilai cukai sebanyak RM536,240.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Hassan Ibrahim berkata, pada kira-kira jam 4.30 petang 26 Mei lalu, pasukan penguatkuasaan JKDM Teluk Intan berjaya merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Lexus GS300 yang disyaki barang larangan di perkarangan Pusat Pemeriksaan Puspakom Batu 5, Teluk Intan.
Menurutnya, susulan daripada rampasan itu, pihaknya berjaya membuat tangkapan empat lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an yang dipercayai ahli sindiket menjual kenderaan dari Singapura tanpa permit, dengan dua daripadanya adalah penjawat awam.
"Susulan daripada tangkapan itu pula, lima lagi kenderaan mewah jenis Toyota Estima, Honda Odyssey, Honda Accord Euro R, dan dua Toyota Wish turut dirampas.
"Dalam rampasan itu, kelima-lima pembeli kenderaan terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan mereka yang ditahan itu juga adalah penjawat awam termasuk yang mempunyai jawatan tinggi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JKDM Perak, di sini sebentar tadi.
Rabu, 18 Jun 2014
Cina langgor masjid Rapat Setia di Ipoh
“Mujur kemalangan ini tidak mengakibatkan kecederaan parah, cuma pagar masjid ini rosak teruk,” katanya.
Seorang jemaah masjid terkejut mendapati dua kenderaan tersadai di pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua kereta di Jalan Raja Musa Mahadi, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, sebuah Nissan Grand Livina dipercayai hilang kawalan dan merempuh pintu pagar masjid selepas mengelak daripada melanggar sebuah lagi kenderaan.
| Nissan Sentra |
![]() |
| Nissan Grand Livina |
Menurut Muhammad Yahya, 84, dia terdengar dentuman dari arah pagar ketika berada dalam bilik air masjid berkenaan.
"Bila keluar, saya nampak Nissan Grand Livina terbalik dan pemandunya merangkak keluar. Manakala Nissan Sentra tersadai di pintu pagar.
"Saya juga nampak kereta Perodua Kancil tersadai tepi jalan di laluan bertentangan dan orang ramai membantu semua mangsa keluar dari kenderaan berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, seorang penumpang wanita Nissan Sentra cedera ringan dan dibawa mendapatkan rawatan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan
Sabtu, 1 Februari 2014
Peugeot 408 Untuk Dijual
Khamis, 21 November 2013
Batal Lupus Kenderaan Usia 12 Tahun Keatas
Putrajaya membatalkan hasrat untuk menetapkan had 12 tahun untuk kenderaan selepas menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang dan pemilik kenderaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan cadangan itu.
“Saya mahu tegaskan, kami tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan jangka hayat kenderaan untuk dilupuskan kerana kita tidak mahu menyusahkan orang ramai,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru).
Cadangan itu dibantah keras oleh Sim dan rakan satu partinya Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mendakwa, ini adalah percubaan Putrajaya untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April 2015.
Rafizi berkata, sebelum ini cadangan tersebut timbul pada ketika cukai eksais masih lagi tinggi sementara Darrell Leiking (PKR-Penampang) mendakwa masalah keselamatan harus diambil kira sebelum memperkenalkan polisi seperti itu.
Pemilik kenderaan yang kebanyakannya mengambil pinjaman sewa beli selama sembilan tahun untuk membeli kenderaan kerana cukai eksais terlalu tinggi turut membantah cadangan itu.
Cadangan itu timbul selepas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Datuk Dr Wong Shaw Voon, berkata kereta melebihi tempoh 12 tahun tidak selamat berada di atas jalan raya.
Putrajaya mendedahkan lebih 22 juta kenderaan kini berada di atas jalan raya dengan lima juta daripadanya melebihi 10 tahun.
Abdul Aziz berkata, langkah sudah diambil untuk menurunkan harga cukai jalan bagi kenderaan yang mempunyai kapasiti enjin rendah.
Katanya, pengguna kenderaan di bawah 1,000cc hanya membayar RM20 bagi cukai jalan sementara mereka yang menggunakan kenderaan di antara 1,400cc dan 1,600cc hanya perlu membayar RM90.
“Sebarang penurunan lagi hanya akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.
Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen kemudian, Abdul Aziz mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan polisi itu buat masa ini.
“Ini tidak benar. Itu hanyalah spekulasi pembangkang,” katanya.
Ketika ditanya apakah kerajaan akan memperkenalkannya pada masa akan datang Abdul Aziz berkata: “Terpulang kepada rakyat.”
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan









