Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ADUN. Papar semua catatan
Selasa, 9 September 2014
Murka Sultan Selangor Atas Buruk Laku Drama PR
Istana Selangor menyifatkan DAP dan PKR sebagai biadap selepas mereka ingkar terhadap titah Sultan Selangor supaya menyenaraikan lebih daripada dua nama untuk jawatan menteri besar.
Ikuti dalam blog BESOR SEBELAH tajuk "Sultan Selangor murka dengan PR".
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Baginda berdukacita di atas tindakan kedua-dua parti itu yang hanya memberikan nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baru.
"Titah Sultan Selangor untuk mengemukakan lebih daripada dua senarai calon adalah satu amalan yang dilaksanakan Baginda.
"Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal menteri besar dengan melihat bukan saja sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN terbabit," katanya.
Menurutnya, menerusi senarai calon yang telah diterima ini, maka Sultan Selangor akan menelitinya dengan mengambil kira segala aspek dalam menilai calon sebelum membuat sebarang keputusan.
Sabtu, 30 Mac 2013
Zambry minta jangan merajuk jika tidak dicalonkan
Wakil rakyat Barisan Nasional yang digugurkan daripada senarai calon PRU-13 diminta tidak 'merajuk'. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebaliknya meminta mereka untuk terus taat dan setia kepada parti.
Beliau bagaimanapun menjangkakan akan ada yang merajuk kerana tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi mereka.
“Sudah menjadi lumrah sekiranya ada pihak yang merajuk jika nama mereka tidak disenaraikan sebagai calon...tapi saya yakin ianya bersifat hanya sementara.
“Mungkin tak ramai tapi mungkin ada dua atau tiga yang akan merajuk, tetapi saya meminta agar semua terus akur demi memastikan BN sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Ma’ahad Tahfiz Pulau Pangkor di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, Perak hari ini.
Beliau meminta semua pemimpin BN sama ada yang tidak dipilih dan terpilih sebagai calon menunjukkan semangant juang yang tinggi untuk BN agar ‘Tsunami Politik’ yang melanda negara pada tahun 2008 tidak berulang lagi dan kesejahteraan rakyat yang dinikmati hari ini terus dapat dikekalkan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Ma’ahad Tahfiz Pulau Pangkor di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, Perak hari ini. Beliau turut meminta agar semua ahli dan penyokong belajar daripada pengalaman lalu supaya kejadian kekalahan pada PRU-12 tidak lagi berulang.
“Seperti yang kita ketahui, pada PRU yang lalu kita terlalu merasakan kita boleh menang tanpa mengira siapa calon yang bertanding ketika itu dan ini telah menjadi penyebab kepada kekalahan BN pada waktu itu,” tambahnya.
Mengulas mengenai kesiap siagaan petugas dan jentera pilihanraya, beliau yakin bahawa semua ahli yang terdiri dari parti BN dan juga parti-parti komponen yang lain sudah bersedia apabila tibanya masa yang dinantikan.
“Semua petugas dan ahli sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13 dan kita hanya menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri kerana beliau lebih mengetahui tarikh terbaik untuk membuat pilihan raya,” katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan
