Sabtu, 30 Mac 2013

Zambry minta jangan merajuk jika tidak dicalonkan


Wakil rakyat Barisan Nasional yang digugurkan daripada senarai calon PRU-13 diminta tidak 'merajuk'. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebaliknya meminta mereka untuk terus taat dan setia kepada parti.

Beliau bagaimanapun menjangkakan akan ada yang merajuk kerana tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi mereka.

“Sudah menjadi lumrah sekiranya ada pihak yang merajuk jika nama mereka tidak disenaraikan sebagai calon...tapi saya yakin ianya bersifat hanya sementara.

“Mungkin tak ramai tapi mungkin ada dua atau tiga yang akan merajuk, tetapi saya meminta agar semua terus akur demi memastikan BN sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Ma’ahad Tahfiz Pulau Pangkor di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, Perak hari ini.

Beliau meminta semua pemimpin BN sama ada yang tidak dipilih dan terpilih sebagai calon menunjukkan semangant juang yang tinggi untuk BN agar ‘Tsunami Politik’ yang melanda negara pada tahun 2008 tidak berulang lagi dan kesejahteraan rakyat yang dinikmati hari ini terus dapat dikekalkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Ma’ahad Tahfiz Pulau Pangkor di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, Perak hari ini. Beliau turut meminta agar semua ahli dan penyokong belajar daripada pengalaman lalu supaya kejadian kekalahan pada PRU-12 tidak lagi berulang.

“Seperti yang kita ketahui, pada PRU yang lalu kita terlalu merasakan kita boleh menang tanpa mengira siapa calon yang bertanding ketika itu dan ini telah menjadi penyebab kepada kekalahan BN pada waktu itu,” tambahnya.

Mengulas mengenai kesiap siagaan petugas dan jentera pilihanraya, beliau yakin bahawa semua ahli yang terdiri dari parti BN dan juga parti-parti komponen yang lain sudah bersedia apabila tibanya masa yang dinantikan.

“Semua petugas dan ahli sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13 dan kita hanya menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri kerana beliau lebih mengetahui tarikh terbaik untuk membuat pilihan raya,” katanya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...