Jumaat, 29 Mac 2013

500 Rentung

Sepanggar: Kedudukan perkampungan yang jauh di dalam hutan selain ketiadaan pili bomba menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan air laut bagi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 500 rumah di perkampungan setinggan atas air di Kampung Numbak, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum marak cepat ke kediaman lain berikutan keadaan angin kencang dan jarak antara rumah yang berdekatan.


Kejadian itu menyebabkan 5,000 penduduk hilang tempat tinggal termasuk ada di antara mereka mengalami cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri dan harta benda masing-masing.

Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 malam dan tujuh jentera bersama 50 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

API masih menjulang tinggi selepas kira-kira 500 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air di Kampung Numbak, Sepanggar malam tadi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...