Rabu, 13 Mac 2013

Lahad Datu : Jacel Kiram III tipu media Filipina



Seorang anak perempuan puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas pandangan bapa saudaranya, Bantilan Esmail Kiram II yang menghalangnya bercakap kepada media mengenai isu-isu tuntutan ke atas Sabah, lapor portal berita GMA News semalam.
"Saya mendapat kebenaran daripada bapa saya. Saya bercakap mengenai pandangan dan pendapat saya. Kita semua berhak untuk menyatakan pendapat kita sendiri," kata anak perempuan Jamalul Kiram itu, Jacel Kiram.
Beliau membuat kenyataan selepas Esmail Kiram menyatakan hanya setiausaha Jamalul Kiram, Abraham Iridjani yang dibenarkan bercakap kepada pihak media.
Menurut bapa saudaranya, sebagai seorang wanita, Jacel mungkin beremosi ketika bercakap kepada wartawan.
Bagaimanapun, Jacel menyatakan, undang-undang syariah tidak melarang seorang wanita untuk memberi pandangan terhadap isu-isu yang berbangkit.
Jacel sebelum ini menipu media Filipina apabila beliau menunjukkan sekeping gambar yang mendakwa sebagai askar-askar Malaysia yang terbunuh di Sabah.



Bagaimanapun, media Filipina kemudian mendapati ia merupakan gambar askar-askar Thailand yang terbunuh pada tahun 2007






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...