Rabu, 27 Mac 2013

Sarkas DAP bergerak ke negeri Johor


"Mereka ini sarkas politik," kata bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim ketika ditanya pandangannya mengenai pengumuman parti itu meletakkan penasihatnya, Lim Kit Siang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum nanti.

"Mereka pergi ke suatu tempat dan dirikan khemah dan bila habis persembahan sarkas, mereka kemaskan khemah dan berpindah ke tempat lain, inilah yang mereka lakukan," katanya.

DAP baru-baru ini mengumumkan veteran parti berusia 73 tahun itu yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur akan dicalonkan bertanding merebut kerusi panas itu yang turut menjadi idaman pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau dan pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sejak pilihan raya umum 1969, tokoh DAP itu bertanding di beberapa kawasan parlimen antaranya Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.

Bercakap kepada Bernama, Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International Malaysia, berkata, amalan DAP itu membawa implikasi negatif terhadap pengundi dan juga negara.

"Pengundi pilih mereka dan mereka langsung tidak buat apa-apa di semua kawasan itu, kemudian mereka berpindah tempat... ini tidak bagus.

"Jika anda perhatikan pergerakan Lim Kit Siang, perkembangan politiknya... ini cerita sama yang berlaku pada setiap pilihan raya," katanya.

Tunku Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan menggunakan akal bukan ikut rasa hati. Sambil menggelengkan kepalanya, Tunku Abdul Aziz berkata, DAP sepatutnya menasihatkan anggota parlimen mereka supaya berkhidmat untuk rakyat yang telah memilih mereka sebaik mungkin, baik ketika senang atau susah.



*sumber dari laman sesawang akhbar nasional.




DAP anti Islam
PAP = DAP
100 undi DAP = 1 orang Islam MURTAD
Malaysia wajib tolak DAP









1 ulasan:

  1. salamm..
    minta tolong pautkan blog sya disini..
    sy sudah pautkan blog anda..

    http://rockmetalpower.blogspot.com

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...