Isnin, 4 Mac 2013

Lahad Datu : GEMPAR!!!...SULTAN SULU SEBENAR ADALAH RAKYAT MALAYSIA




Tidak mengejutkan jika tokoh yang mengakui Sultan Sulu, DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram yang diputerakan pada 8 Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu adalah rakyat Malaysia.

Mengikut laman sesawang rumahbicarasulu, pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, beliau diserahkan pada Ketua Kampung Pulau Denawan Papar, Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan Attahi, Alsatam diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Menyedari pihak musuh mula menghidu, Alsatam diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu Kassan @ Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim, erat sekali.

Naim merupakan seorang imam di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah.

Mulai hari itu Alsatam mendapat surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut sehingga 1982 dan menduduki Sijil Rendah Pelajaran - SRP (Kini penilaian Menengah Rendah-PMR).

Dua tahun kemudian, beliau diserahkan kepada keluarga angkat baru, iaitu guru yang mengajar di SMK Putatan, Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim. Sepanjang hidupnya, Alsatam tinggal dengan lima keluarga angkat.

Kehidupan Alsatam yang berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan Norasikin Sawal pada 1985. Beberapa bulan kemudian Alsatam melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah ICS di England dan di Singapura.

Alsatam juga adalah Penaung kepada Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu, Sabah. Tujuan persatuan itu untuk memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.

Untuk menyedarkan bangsa Sulu mengenai perkembangan semasa, Alsatam menubuhkan akhbar berbahasa Inggeris - The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunakan bahasa Sulu.

Manakala isteri Alsatam, Permaisuri Dayang Nurhijrah Kiram dilahirkan pada 28 Oktober 1978 di Sibu, Sarawak. Mendapat taraf pendidikan Ijazah Sarjana (Bachelor in Business Administration) di Cadas Business School, Kuching, Sarawak. Nurhijrah pernah bertugas di CIMB Wealth Advisor Berhad sebagai Pakar Perunding Kewangan.

Berdasarkan keterangan di atas, RCI sewajarnya mensapena Alsatam memberi keterangan di Mahkamah RCI yang akan bersambung pada 28 Januari kelak, kerana kes ini amat menarik. Bagaimana pula halnya dengan Sultan Akjan?

Sumber:
http://malaysiansmustknowthetruth.




1 ulasan:

  1. salam perjuagan...mintak pautkan blog saya di dalam blog encik...

    http://melaipower.blogspot.com/

    saya dh pautkan blog disini

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...