Khamis, 14 Mac 2013

PRU13 : Senarai terakhir calon Perak dalam perbincangan MB



Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak tidak membuat spekulasi tentang calon Barisan Nasional (BN) negeri yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU-13).  

Dr Zambry Abd Kadir


Katanya, senarai calon BN yang bakal bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) kini diperingkat terakhir.
Beliau juga mengesahkan bahawa perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak diadakan dari semasa ke semasa bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.
Dr Zambry berkata, UMNO dan BN Perak akan melakukan perubahan dari segi penyenaraian  calon-calon yang dikategorikan calon muda.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan calon-calon yang berusia akan turut dipertimbangkan.
Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Perak juga enggan mengulas mengenai anggota Exco Dato’ Ramly Zahari yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar digugurkan bagi diberi laluan kepada calon muda.
Menurut beliau, mana-mana calon yang berusia tidak semestinya digugurkan dan semua ini  bergantung kepada Perdana Menteri,  pernilaian dan sokongan rakyat.
"Kalau rakyat mahukan mereka kita akan pertimbangkan kerana yang penting kerana rakyat mahukan wakil rakyat yang mewakili mereka,’’ katanya kepada pemberi di Program Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan Serbaguna Bangunan SUK, Ipoh hari ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...