Khamis, 14 Mac 2013

PRU13 : DUN Perak bubar sebelum 26 April 2013



Barisan Nasional (BN) Perak sedang menunggu arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberitahu pihaknya  tidak berhasrat memilih tarikh lain untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Sekiranya  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak diumumkan, DUN Perak akan terbubar dengan sendirinya pada 25 April 2013 iaitu tarikh angkat sumpah bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mesyuarat pertama pada 2008,” katanya.
Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya, hari ini.
Mengulas mengenai calon yang bakal dibariskan, Zambry berkata Barisan Nasional (BN) akan menampilkan muka baru yang terdiri dari golongan muda yang berpotensi untuk diketengahkan.
Pemilihan calon baru itu mengambil kira banyak faktor malah beliau turut tidak menolak penampilan calon dari kalangan wanita kerana mereka turut memainkan peranan penting dalam gerakan parti.
“Perkara ini (pemilihan calon) sudah berada di peringkat perbincangan dan kita sedang menantikan apa yang akan ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi BN,” kata beliau.
Ketika menjawab samada kemunculan muka baru bakal memberi kejutan, Menteri Besar berkata semua itu bergantung pada penerimaan rakyat setelah nama calon itu diumumkan kelak.
Beliau turut menegaskan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya terdiri dari calon yang berasal dari negeri Perak sendiri.
“Kita telah belajar dari keadaan politik itu sendiri jadi tidak akan ada calon luar walaubagaimanapun ia bergantung pada situasi untuk melihat kesesuaian calon ditempatkan di kawasan tertentu,” jelasnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...