Rabu, 27 Mac 2013

DUN Perak akan bubar selewat 25 April 2013


Kerajaan negeri Perak hanya menunggu arahan kerajaan Persekutuan bagi pembubaran Parlimen untuk membolehkan pilihanraya peringkat negeri Perak diadakan serentak diseluruh negara.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri kini mempunyai masa lebih kurang sebulan sebelum DUN Perak terbubar secara automatik pada 25 April.

Justeru itu, katanya lagi, tidak timbul dari segi masalah hendak bubarkan DUN seperti yang diwar-warkan oleh negeri-negeri pembangkang.

"Yang penting kita akan mengadakan serentak dengan peringkat nasional dan kita hanya menanti waktu apabila pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Terdahulu Dr Zambry menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara kerajaan negeri Perak dan Damai Laut Golf Resort Sdn. Bhd. bagi cadangan pembangunan Sea Villa yang menelan kos kira-kira RM200 juta di Mukim Lumut Daerah Manjung.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Amanjaya bagi perpindahan operasi bas Medan Gopeng ke Terminal Bas Amanjaya, Bandar Meru Raya.



*sumber dari laman sesawang portal negeri.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...