Memaparkan catatan dengan label bubar dun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bubar dun. Papar semua catatan
Rabu, 27 Mac 2013
DUN Perak akan bubar selewat 25 April 2013
Kerajaan negeri Perak hanya menunggu arahan kerajaan Persekutuan bagi pembubaran Parlimen untuk membolehkan pilihanraya peringkat negeri Perak diadakan serentak diseluruh negara.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri kini mempunyai masa lebih kurang sebulan sebelum DUN Perak terbubar secara automatik pada 25 April.
Justeru itu, katanya lagi, tidak timbul dari segi masalah hendak bubarkan DUN seperti yang diwar-warkan oleh negeri-negeri pembangkang.
"Yang penting kita akan mengadakan serentak dengan peringkat nasional dan kita hanya menanti waktu apabila pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Terdahulu Dr Zambry menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara kerajaan negeri Perak dan Damai Laut Golf Resort Sdn. Bhd. bagi cadangan pembangunan Sea Villa yang menelan kos kira-kira RM200 juta di Mukim Lumut Daerah Manjung.
Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Amanjaya bagi perpindahan operasi bas Medan Gopeng ke Terminal Bas Amanjaya, Bandar Meru Raya.
*sumber dari laman sesawang portal negeri.
Jumaat, 18 Januari 2013
Ramalan Tarikh PRU 13
Berdasarkan tarikh bubar dun, negeri Johor adalah yang terawal sekali akan terbubar secara automatik iaitu pada 30 hb. Mac 2013 jika tidak diisytiharkan awal dari itu. Untuk menyelaraskan kesemua negeri, kerajaan BN haruslah mengisytiharkan Piliharaya Umum 13 (PRU 13) dalam masa 60 hari dari tarikh itu iaitu sebelum 22 Mei 2013.
Sila ikuti blog Cikgu Lin, tentang pendapatnya tarikh PRU 13 akan datang ini ;
Labun Cikgu Lin: TARIKH BUBAR DUN SETIAP NEGERI DAN ANDAIAN PALING MAKSIMUM TARIKH PRU 13
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan

