Jumaat, 8 Mac 2013

Bebola Daging IKEA diiktiraf bersijil Halal


Di Kuala Lumpur, Ikea Malaysia mengumumkan pada Khamis bahawa hidangan bebola dagingnya akan kembali ke Restoran Ikea dan Pasar Makanan Sweden di kedai itu pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, kedai kelengkapan rumah itu berkata hasil keputusan DNA (Asid Deoksiribonukleik) oleh sebuah makmal bebas tempatan mengesahkan bebola daging yang dijual di negara ini hanya mengandungi daging lembu.

"Bebola daging itu mempunyai sijil halal dan dikeluarkan di Malaysia.

"Keyakinan dan kepercayaan pelanggan amat penting untuk IKEA. Kami komited untuk menghidangkan dan menjual makanan yang selamat, sihat dan dihasilkan dengan menjaga kepentingan alam sekitar dan orang-orang yang menghasilkan," katanya.

Untuk meraikan kepulangannya, Ikea Malaysia akan menjual bebola daging itu pada harga 20 sen sebiji esok (Jumaat).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...