Memaparkan catatan dengan label Australia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Australia. Papar semua catatan

Khamis, 23 Julai 2015

Mafia Ndrangheta Organisasi Jenayah Yang Paling Terkaya Dalam Dunia


Polis Itali mengumumkan semalam bahawa pihaknya telah merampas aset bernilai AS$2.2 bilion (RM8.3 bilion) milik satu sindiket penjenayah yang berpengaruh dan berkuasa.
Aset yang dirampas daripada Mafia Ndrangheta yang menguasai sebahagian besar pasaran kokain Eropah termasuk lebih 1,500 kedai judi, 82 laman web perjudian dan hampir 60 buah syarikat di samping sejumlah harta­nah, kata polis.
Pihak pendakwa raya turut mengeluarkan waran tangkap terhadap 28 orang yang disyaki menguruskan empayar perjudian itu dan meletakkan 23 yang lain di bawah tahanan rumah atau memerintahkan mereka me­laporkan diri kepada polis.
Semua konco berkenaan dipercayai diketuai oleh ketua mafia Mario Gennaro. Dia meluaskan kuasa dan pengaruh dalam Mafia Ndrangheta selepas mendapat kekayaan melalui premis perjudiannya.
Mafia Ndrangheta dianggap sindiket penjenayah paling berkuasa di Itali dan mengatasi pengaruh Mafia Cosa Nostra di Sicily atau Mafia Camorra yang berpangkalan di Naples.
Sindiket Ndrangheta merupakan pembekal utama kokain yang dihasilkan di Amerika Latin dan diseludup ke Eropah melalui Afrika Utara dan Itali.
Wang haram daripada perdaga­ngan kokain berjumlah berbilion-bilion dolar itu ‘dicuci’ menerusi empayar perjudiannya.
Sebanyak 11 daripada syarikat milik Mafia Ndrangheta yang dirampas beribu pejabat di luar negara termasuk di Austria, Malta, Romania dan Sepanyol.

Peta daerah Reggio Calabria, Italy

Antara kegiatan haram yang mereka jalankan ialah penyeludupan kanak-kanak dan manusia, pelacuran, pengedaran dadah, pemberi pinjaman haram, konspirasi, korupsi politik, pemalsuan insurans, pembersihan wang haram, penyeludupan senjata, peras ugut, pelupusan bahan buangan haram/bahaya dan pergaduhan.


Total turnover of the 'Ndrangheta in 2007
Illicit activityIncome
Drug trafficking € 27.240 billion
Commercial enterprise & public contracts   €   5.733 billion
Extortion & usury €   5.017 billion
Arms trafficking €   2.938 billion
Prostitution €   2.867 billion
Total € 43.795 billion

Antara ahli Mafia Ndrangheta yang paling dikehendaki di Italy ialah Giuseppe Giorgi. Giorgi atau dikenali sebagai " 'u capra " (the goat) adalah juga anak menantu kepada boss Sebastiano Romeo. Dia berumur 54 tahun dan lahir di San Luca, Reggio Calabria di Italy. Giorgi dipercayai melarikan diri ke Jerman.

Giuseppe Giorgi






*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan dan Wikipedia

Jumaat, 8 Februari 2013

Mak ayam 'Yoko' tahan 6 wanita untuk dijadikan 'Hamba Seks'


Di Melbourne, seorang wanita, dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney, memberitahu enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes “perhambaan seks”, mereka perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang dihutang mereka untuk datang ke Australia, mahkamah diberitahu.

Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Wong yang juga dikenali sebagai ‘Yoko’, mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.

Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India, yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.

Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris, dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus – berjumlah kira-kira A$5,000.

“Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu,” beliau dipetik berkata demikian oleh AAP. Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.

“Mereka diberitahu yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah pelacuran itu sehingga mereka melangsaikan hutang mereka”.

“Walaupun wanita itu telah selesai membayar hutang mereka selepas “tempoh singkat”, Wong didakwa mengugut akan membatalkan visa mereka jika mereka meninggalkan tempat itu.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Wong, Bruce Quinn, berkata dia “wanita baik” dan hanya bekerja di rumah pelacuran itu sebagai penyambut tetamu.

Beliau berkata perkara itu merupakan “pertikaian perusahaan” dan sengaja ditimbulkan supaya wanita berkenaan boleh tinggal di Australia.

Perbicaraan di hadapan Hakim Deborah Sweeney bersambung.









'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...