Memaparkan catatan dengan label Gerik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gerik. Papar semua catatan
Sabtu, 4 Oktober 2014
Terbang dari Ipoh dengan Malindo Air
Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan menjadikan destinasi Ipoh sebagai pemangkin kepada operasi penerbangan terbaharu bagi laluan domestik dan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh kini merupakan pasaran penerbangan yang berpotensi untuk dikembangkan.
"Penerbangan pertama dari Subang ke Ipoh hari ini hampir penuh dan ia menandakan Ipoh merupakan pasaran yang baik," katanya kepada pemberita pada Jumaat semalam.
Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Ipoh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.
Chandran berkata, Malindo Air akan melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Johor Baharu-Ipoh dan Ipoh-Medan (Indonesia) pada 17 Oktober ini selain akan mengkaji untuk mengadakan penerbangan Ipoh-Langkawi serta Ipoh-Krabi,Thailand pada masa depan.
Selain itu, sektor pelancongan perubatan juga akan menerima kesan positif daripada penawaran laluan Ipoh-Medan kerana ramai penduduk Sumatera, Indonesia mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara ini, katanya.
Menurutnya, syarikat itu berharap dapat melancarkan penerbangan laluan Ipoh-Singapura dengan menggunakan pesawat Boeing.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar supaya Malindo Air menawarkan penerbangan antara Ipoh dengan negara di Indo-China dan China memandangkan Ipoh menerima permintaan pelancongan yang amat menggalakkan.
Sementara itu Zambry berkata, penawaran perkhidmatan penerbangan oleh Malindo Air membantu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negeri.
Menurutnya, ada beberapa syarikat lagi telah mengatakan hasrat mereka untuk menawarkan perkhidmatan udara ke Ipoh.
Zambry berkata kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap perancangan kerajaaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Gerik melalui peruntukan RM15 juta.
"Bagaimanapun, kita sedang mengkaji sama ada kos itu boleh menampung perancangan tersebut atau akan ada satu kawasan baharu untuk dijadikan lapangan terbang di Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat," katanya.
Zambry berkata, usaha itu adalah sejajar dengan penawaran daerah Hulu Perak yang memiliki produk pelancongan berkualiti dan bertaraf dunia seperti Royal Belum dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Jumaat, 5 April 2013
Nuar-Jubri sah goyang lepas umum calon PKR PRU13
Kedatangan Nuar-Jubri ke Gerik pada lewat malam tadi hanya sekadar nak gempak dan playsafe sahaja. Dalam ucapannya dia kata dia dok lamer kat Perak...5 tahun di MCKK, Kuala Kangsar dan 2 tahun penjara ISA di Kamunting, katanyer ngaper tak boleh bertanding, katanya lagi UMNO Perak risor biler dengar dia nak bertanding kat negeri ini...salah umno lagi !!!
Nuar, ko ni memang kuat konar baring bab bercakap, berucap dan berceramah...belakang pusing punyer, memang kegemaran ko. Ada ke UMNO kisah kat maner ko nak bertanding???...MB Perak Dato Seri Zambry awai-awai nak bagitau, mau langgar sini mari la kita orang tarak "goyang" punyer.
Sampai habis dia berucap tak juga si Nuar ni umumkan kat mana dia nak langgor, nampak sangat lu tersangat ler "GOYANG" nyer. Tak cayer lu orang cuba klik SINI.
Tapi dari ramalan dari mulot seorang sahabat gua mengatakan mungkin kat Padang Rengas atau Lumut. Dia juga meletakkan lebih ramai calon dari partinya untuk bertanding iaitu sebanyak 42 calon dari PKR, 22 dari PAS dan hanya 20 dari DAP.
Antara calon PKR PERAK yang diumumkan :
1. Bgn Serai : Mohd Nor Manuty
2. Gopeng : Lee Boon Chye
3. Lumut : Laksamana Imran
4. Pdg rengas : Dr Hj Meor Ahmad
5. Pasir Salak : Mustafa Kamil Ayob
PKR = Parti Kelentong Rakyat
Khamis, 4 April 2013
Nuar Al-Jubri Goyang Nak Sarung Kondom di Perak
![]() |
| Nuar Al-Jubri |
Ikuti laporan dari akhbar tempatan berikut dibawah, berita lanjut tentang betapa goyangnya Nuar ni.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan senarai penuh calon parti yang akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), malam ini. Pengumuman yang akan dibuat di satu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik itu juga bakal mencatat sejarah tersendiri apabila Perak, menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon.
Ia juga dikatakan sebagai simbolik kepada kesediaan Ketua Pembangkang itu bertanding di salah satu kerusi di negeri yang pernah mencatat krisis konflik perebutan pimpinan pentadbiran kerajaan negeri. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pengumuman di Gerik adalah sebagai isyarat bahawa PR sudah bersedia menggempur kawasan Utara Perak yang selama ini merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun menurutnya, pengumuman kerusi mana yang akan menjadi pilihan penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, masih belum dapat dipastikan. “Yang itu (kerusi mana pilihan Anwar) belum tahu lagi, kita tengoklah nanti macam mana, apa yang pasti, persiapan kita sudah sampai tahap maksimum, semua calon dan jentera masing-masing sudah bersedia. “Pada PRU kali ini, PKR akan menampilkan hampir 60 peratus muka baru di samping calon wanita bagi memperkukuh kemenangan di negeri ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Hadir sama, timbalan nya, Dr Lee Boon Chye dan Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Ismail Yusop. Mengulas lanjut, Dr Muhammad berkata, status quo bagi kerusi Parlimen dan Dun PKR negeri ini masih dikekalkan seperti mana PRU12 lalu iaitu 10 (Parlimen) dan 20 (Dun). Namun katanya, berlaku sedikit perubahan pada dua kerusi Dun masing-masing di Lintang dan Changkat Jering apabila Majlis Pimpinan PKR Negeri sudah menyatakan kesediaan untuk bertukar kerusi dengan Pas. “Setakat ini, hanya satu kerusi sudah dimuktamadkan iaitu Dun Lintang dipindah ke Kenering (Pengkalan Hulu) sementara Changkat Jering masih dalam perbincangan akhir bersama Pas,” katanya.
Berdasarkan keputusan PRU lalu, PKR menang di tiga kerusi iaitu Bagan Serai, Sungai Siput dan Gopeng, tujuh lagi kuota parlimen adalah Padang Rengas, Tambun, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datoh dan Tanjung Malim. Bagi Dun pula, PKR menang di tujuh kerusi iaitu Kuala Kurau, Kuala Sepetang, Changkat Jering, Simpang Pulai, Teja, Hutan Melintang dan Behrang. Sementara kerusi kalah, Pengkalan Hulu, Temenggor, Kota Tampan, Batu Kurau, Alor Pongsu, Lintang, Hulu Kinta, Bukit Chandan, Bota, Tualang Sekah, Chenderiang, Sungai Manik dan Pangkor.
* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Langgan:
Catatan (Atom)
Tajuk Popular Minggu ini
'Like' Facebook
Rakan-rakan



