Memaparkan catatan dengan label Lenggong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lenggong. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Oktober 2014

Terbang dari Ipoh dengan Malindo Air


Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan  menjadikan destinasi Ipoh sebagai pemangkin kepada operasi penerbangan terbaharu bagi laluan domestik dan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh kini merupakan pasaran penerbangan yang berpotensi untuk dikembangkan.

"Penerbangan pertama dari Subang ke Ipoh hari ini hampir penuh dan ia menandakan Ipoh merupakan pasaran yang baik," katanya kepada pemberita pada Jumaat semalam.

Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Ipoh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Chandran berkata, Malindo Air akan melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Johor Baharu-Ipoh dan Ipoh-Medan (Indonesia) pada 17 Oktober ini selain akan mengkaji untuk mengadakan penerbangan Ipoh-Langkawi serta Ipoh-Krabi,Thailand pada masa depan.

Selain itu, sektor pelancongan perubatan juga akan menerima kesan positif daripada penawaran laluan Ipoh-Medan kerana ramai penduduk Sumatera, Indonesia mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara ini, katanya.

Menurutnya, syarikat itu berharap dapat melancarkan penerbangan laluan Ipoh-Singapura dengan menggunakan pesawat Boeing.

Beliau turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar supaya Malindo Air menawarkan penerbangan antara Ipoh dengan negara di Indo-China dan China memandangkan Ipoh menerima permintaan pelancongan yang amat menggalakkan.

Sementara itu Zambry berkata, penawaran perkhidmatan penerbangan oleh Malindo Air membantu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negeri.

Menurutnya, ada beberapa syarikat lagi telah mengatakan hasrat mereka untuk menawarkan perkhidmatan udara ke Ipoh. 

Zambry berkata kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap perancangan kerajaaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Gerik melalui peruntukan RM15 juta.

"Bagaimanapun, kita sedang mengkaji sama ada kos itu boleh menampung perancangan tersebut atau akan ada satu kawasan baharu untuk dijadikan lapangan terbang di Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat," katanya.

Zambry berkata, usaha itu adalah sejajar dengan penawaran daerah Hulu Perak yang memiliki produk pelancongan berkualiti dan bertaraf dunia seperti Royal Belum dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.



Sabtu, 13 April 2013

Pemimpin kaya-raya...ahli kena bagi derma dalam katung


Biodata yang nak diketengahkan ialah pemimpin dari parti politik PAS:


Razman bin Zakaria @ man anak pak ya

1. Dilahirkan dikampong Luat, Lenggong Perak pada tahun 1960.
2. Bersekolah Rendah di Sek Keb. Kg luat sehingga darjah 6 dan melanjutkan pelajarannya di Sek Men Dato Mohd Said Lenggong sehingga SPM.
3. Pemegang ijazah pertama Matematik dari UKM dan Sarjana Pentadbiran Awam UKM.
4. Pekerjaan sebagai Pegawai Kanan Kastam bermula 1987 dan dinasihatkan bersara pada tahun 2009.
5. Memiliki rumah agam yang bernilai RM 2 juta dengan 8 bilik tidur dan 2 kolam renang dibina di Jalan Manggis, Sijangkang Pelabuhan Kelang Selangor dan sebuah lagi bernilai RM 700 ribu di Lenggong.
6. Setelah menyertai PAS Beliau juga membina Surau dan Gerai di tanah kerajaan secara haram di Lenggong sebagai pusat tarbiah Pas.
7. Mempunyai beberapa buah kereta mewah.
8. Beliau merupakan rakan kepada Bekas pegawai kastam seangkatan Sarbini yang mati terjun bangunan SPRM Kuala Lumpur.

Cuba bayangkan sebagai bekas kakitangan kerajaan mempunyai harta bernilai jutaan ringgit..secara logiknya sekiranya beliau tidak makan dan minum disepanjang tempoh beliau bekerja pun beliau tidak akan mempunyai harta sebanyak ini...melainkan ada kerja dan cara lain untuk mengumpul harta.

Selalunya diaorang dok citer pasal pemimpin UMNO yang penuh dengan korupsi, rasuah dan kaya-raya tapi yang ni apa citer nyer. Bukankah parti PAS ni kalor biler buat ceramah jer siapkan kantung kutip derma dari semua ahli. Mana entah duit tu pergi...entah-entah mamat ni sapu kot. Ermm malas nak cerita panjang-panjang korang pikirlah sendiri sambil tengok foto dibawah:










Isnin, 24 September 2012

Pulangkan PERAK MAN ke tempat asalnya


Di Lenggong, Perak...Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan khususnya Jabatan Warisan Negara digesa mempertimbangkan hasrat kerajaan Perak mahu membawa pulang rangka sebenar manusia pertama di Asia Tenggara, Perak Man ke daerah ini.

Ketika ini, rangka Perak Man atau Orang Perak yang hidup kira-kira 11,000 tahun lalu ditempatkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur sejak Julai 2006 lalu.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sudah tiba masanya artifak yang menjadi sebutan dunia itu dikembalikan semua ke tempat asalnya dan ditempatkan di Galeri Arkeologi di sini.

Katanya, permintaan tersebut wajar diberi perhatian serius memandangkan jumlah pengunjung ke galeri terbabit meningkat mendadak sehingga empat kali ganda sejak Lembah Lenggong diisytiharkan Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...