Jumaat, 20 April 2012

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Pindaan 2012

Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 yang bertujuan menggugurkan "kuasa mutlak" menteri dalam meluluskan atau tidak meluluskan lesen mesin cetak, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop membentangkan rang undang-undang itu bagi tujuan meminda lima Subseksyen Akta 301.

Ini termasuk meminda Subseksyen 3(3) Akta 301 untuk memansuhkan keperluan merujuk kepada "budi bicara penuh" menteri dalam memberi atau menolak pemberian lesen mesin cetak.

Rang undang-undang itu juga bertujuan menggugurkan kuasa menteri dalam menentukan tempoh sah lesen berkenaan.

Ia juga bertujuan meminda Subseksyen 6(1) untuk memansuhkan keperluan merujuk kepada "budi bicara penuh" menteri dalam memberi kebenaran kepada seseorang untuk mencetak atau menerbitkan akhbar di Malaysia atau mengeluarkan permit kepada mana-mana pemilik akhbar di Singapura untuk membolehkan akhbar terbitannya diimport, dijual atau diedar di Malaysia.

Fasal 4 rang undang-undang itu bertujuan meminda Seksyen 12 Akta 301 untuk memansuhkan tempoh sah sesuatu lesen atau permit dan untuk membenarkan lesen atau permit berkenaan kekal sah selagi ia tidak dibatalkan.

Fasal 5 pula bertujuan meminda Subseksen 13A(1) Akta 301 untuk memansuhkan larangan mendapatkan semakan kehakiman berhubung keputusan menteri dalam memberi, menolak, membatalkan atau menggantung lesen atau permit mengikut Akta 301.

Fasal 6 bertujuan meminda Seksyen 13B Akta 301 yang memberi peluang kepada seseorang untuk didengari sebelum sesuatu keputusan untuk membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit dibuat mengikut Subseksyen 3(3), 6(2), atau 13(1), sesuai dengan sesuatu kes itu.

Dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Malaysia pada September tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan membuat semakan semula terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang sudah berusia 28 tahun.

- Bernama


KM : perlu diubah ikut peredaran zaman

1 ulasan:

  1. Wahhhh... Tak masyuuukkk le menteri dalam negeri...

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...