Jumaat, 8 Jun 2012

Niza Derhaka Terdiam Lepas Jumpa Polis


IPOH 6 Jun - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan selama sejam kepada pihak polis berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Niza Meroyan buat perangai lagi!


Beliau yang ditemani oleh dua peguamnya, memberi keterangan kepada dua pegawai penyiasat yang datang dari Balai Polis Skudai, Johor mulai pukul 3.30 petang di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini.
Pada sidang akhbar selepas itu, Mohammad Nizar memberitahu, beliau memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat itu untuk melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
"Saya telah beri jawapan kepada sejumlah 28 soalan. Saya jawab kesemuanya. Saya telah beri kerjasama kepada pihak berkuasa yang datang dari jauh," katanya.

Pada sidang akhbar itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu kelihatan tidak banyak bercakap dan banyak mengelak daripada menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pemberita.
Beliau enggan memberitahu apakah fokus soalan-soalan yang ditanya oleh pasukan polis dengan alasan tidak mahu mengganggu dan menghormati proses siasatan kes tersebut.
Mohammad Nizar juga mengelak ketika ditanya sama ada beliau sendiri yang membuat ulasan di Twitter atau ada orang lain yang mempunyai akses terhadap akaun laman sosial miliknya.
Ditanya sama ada beliau berpendirian tidak bersalah dalam isu tersebut, bekas Menteri Besar Perak itu menyatakan: "Soalan itu tidak timbul."

Beliau juga enggan mengulas sikap Pas Johor yang tidak mempertahankan beliau dalam isu tersebut, malah, mengelak menjawab persoalan sama ada tindakannya telah menjejaskan peluang Pas menawan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mohammad Nizar bagaimanapun menyatakan bahawa beliau mendapat sokongan daripada Dewan Pemuda Pas Perak dalam isu itu dan fokusnya adalah kemenangan di Perak.

*dipetik dari laman sesawang akhbar tempatan.


Kinta Menjerit komen :  Niza telah berpolitik luar dari skop yang sepatutnya. Ada ke patut sampai Sultan atau hal istana pun dia nak kacornya. Cukuplah dengan mengkritik sesama ahli dari parti politik sahaja jangan lah dikacor Raja kita tu. Sultan atau Raja sebenarnya adalah benteng kita yang terakhir bagi kita bangsa Melayu di negara Malaysia ini. Kalor takde sistem raja, mungkin kita dah jadi seperti Singapura dimana bangsa Melayu diminoritikan serta terpinggir dan hilang keistimewaan dalam segala segi termasuk dari hal adat hinggalah menyentuh hal agama, contohnya isu azan.

Mintak sangat pihak polis dapat ambil tindakan dan buktikan kesalahan si Niza, kalau boleh hukuman berat seperti penjara dan denda tinggi, bior jadi pengajaran kepada yang lain dimasa akan datang tidak kira sesiapa dan dari apa-apa bangsa pun jangan nak KURANG AJAR sama RAJA MELAYU.

Mengikut sumber pernah terjadi di salah sebuah negeri, dimana seorang lelaki berbangsa Cina kerja jurutera dari Butterwoth telah mengeluarkan kata-kata menghina Raja dan dia telah ditangkap dan dibicarakan di mahkamah. Hukuman yang dikenakan oleh hakim pada ketika itu adalah hukuman penuh iaitu hukuman penjara 1 tahun dan denda maksimum sebanyak RM50,000.

Adakah ni sebab derhaka juga?

2 ulasan:

  1. once upon a time..
    kalau bukan kerana Sultan Johor, Singapura takkan tunduk pada Malaysia..

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...