Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, hakikat tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
bakal Perdana Menteri ke 6 dan ke 7 |
“Karpal juga menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri dan dia (Guan Eng) boleh menjawat jawatan tersebut kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan menghalangnya jadi Perdana Menteri,” katanya ketika menyampaikan ceramah ‘Merungkai Kebenaran’ di Taman Skudai Kanan, di sini, malam kelmarin.
Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri selagi beliau hidup.
Malah, beliau turut mengakui tersasul menamakan Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri seperti yang dilaporkan beberapa akhbar berbahasa Inggeris tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
bekas ahli PAS |
Sementara itu, Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, meskipun didesak pelbagai pihak, namun Anwar sehingga kini masih gagal mengumumkan 'ahli-ahli' Kabinet bayangan pembangkang meskipun pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia turut menegaskan hasrat PR yang mahu menjadikan Malaysia dari negara mengamalkan sistem demokrasi kepada negara republik selepas berjaya menawan Putrajaya.
Presiden Jati |
“Melayu akan hilang langsung apabila PR menang dan berjaya menawan Putrajaya. Mereka akan menukar Malaysia bukan lagi menjadi negara bercorak kepada sistem demokrasi, tetapi menjadikan negara sebagai republik,” katanya.
Satu sesi bicara balas tentang perdana menteri bukan Melayu menemui titik persilangan menarik apabila satu-satunya tokoh sejarah negara berbangsa Cina menolak idea berkenaan sementara dua lagi ahli panel Melayu berpendapat ia mungkin berlaku.
Memulakan perbincangan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berpendapat jawatan perdana menteri akan sentiasa diisi seorang Melayu berdasarkan hakikat semasa orang Melayu sebagai majoriti di negara ini.
"Kalau rakyat Malaysia sekarang diminta mengundi sama ada orang bukan Melayu boleh menjadi PM atau tidak, apakah keputusannya? Bilangan penduduk negara ini 60 peratus lebih adalah orang Melayu. Jadi kalau orang Melayu tidak setuju?" katanya.
Bercakap pada forum anjuran Radio Bernama 24 di ibu kota semalam, Khoo menegaskan bahawa jawatan itu juga akan sentiasa diisi orang Melayu berdasarkan perspektif sejarah yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu.
"British datang (ke Tanah Melayu), kaji dan buat keputusan ini adalah tempat kerajaan Melayu.
"Jadi pada 1927, apabila Hugh Clifford dilantik sebagai gabenor dalam Federal Council ada dijelaskan dia kata bahawa tempat ini pernah, sememangnya, dan perlu kekal sebagai negeri Melayu," katanya.
Menurut Khoo (atas), perkara itu dikukuhkan lagi pada persidangan Raja-Raja Melayu dalam tahun 1961 apabila Gabenor British pada masa itu, Sir Cecil Clementi menegaskan sekali lagi bahawa "Malaya untuk orang Melayu".
Pendapat Khoo yang mengambil kira hakikat semasa dan sudut sejarah disanggah Ketua Pemuda PKR (AMK) PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin: Menggamit sejuta kemungkinan
"Dalam kerangka Perlembagaan, siapa yang menikmati majoriti dalam Parlimen akan diangkat sebagai PM.
"Dalam konteks ini tidak dikhususkan sama ada dia Melayu atau Islam atau sebagainya. Kalau kita tidak ubah, itulah akan jadi pegangan dalam kita bernegara," kata Shamsul yang juga seorang peguam.
Namun, Shamsul berpandangan perbincangan sama ada jawatan itu boleh diisi oleh seorang bukan Melayu atau tidak hanya akan menguntungkan kerajaan sekarang yang dibentuk parti-parti berasaskan perkauman.
"Perkara ini bukan satu provokasi kecuali kerajaan BN hendak menggunakan perkara itu untuk menakutkan pengundi terutama majoriti pengundi Melayu.
"Apa-apa sahaja perbahasan dalam konteks ras, ia akan menguntungkan parti yang perkauman," katanya.
Menolak kenyataan Shamsul, Saifuddin menegaskan bahawa isu tersebut sebenarnya tidak pernah dibincangkan sama ada dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno atau Dewan Tertinggi BN.
Malah, beliau mendakwa Umno kini sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Saifuddin bagaimana pun bersetuju isu perdana menteri bukan Melayu perlu dikaji semula apabila senario semasa memerlukan ia dibincangkan dengan lebih serius.
"Ini akhirnya bergantung kepada pilihan raya akan datang yang kita belum tahu bila dan siapa akan mewakili siapa dan sama ada orang Melayu akan membentuk majoriti atau tidak. Itu semua persoalan menggamit sejuta kemungkinan," katanya.
Di Ipoh pada tarikh 4 Jun 2012 yang lalu pula, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berkata, meskipun perjuangan Pas dan DAP berbeza, DAP masih menyanjung tinggi Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
“Dasar Pas jelas memperjuangkan Islam, DAP pula membawa negara sekular.
Namun dalam hal ini, kita tidak sesekali bertindak di luar batasan untuk mencemari Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.
“Sejak dahulu lagi, DAP tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan apabila isu ini seolah-olah dibangkitkan, kita anggap ia hanya satu taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengelirukan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Kesimpulannya kenyataan Sivakumar ini jauh lari maksud dari kenyataan Karpal yang mahukan Perdana Menteri Pakatan Rakyat adalah dari bukan orang Melayu, bermaksud orang itu mestilah bukan Islam. Nampak gayanya macam tiada persefahaman antara pemimpin-pemimpin dalam parti DAP. Mula-mula yang si berkerusi roda OKU bercakap ikut sedap hati sahaja nakkan jawatan Perdana Menteri dari bukan Melayu manakala yang si speaker bawah pokok di Perak ini pula cakap DAP hormat Islam sebagai agama rasmi untuk ambil hati puak PAS supaya menyokong mereka. Dua-dua ni memang kaki putar alam, tak boleh pakai punya.
Mana mungkin Perdana Menteri dilantik seorang bukan Melayu (tidak Islam) untuk mengetuai negara yang perlembagaan agama rasminya adalah agama Islam. Yang Dipertuan Agung dari kalangan raja-raja dan sultan Melayu sahaja berhak menentukan dan memilih bakal Perdana Menterinya, bukan si OKU mulot celupar yang berkerusi roda setiap masa.
mcm mana ko thu masa depan yg dap akn jadi pm??? ko nabi ker?? tuhan ker??? ... kenape x masuk utusan meloya?? knper berita ni x masuk TV3... sah la ko fitnah
BalasPadambaghal punya melayu. bodoh politik dan pasti bakal jadi keldai politik dap
PadamAi , kan si kapal tu dah cakap , tada baca punya orang.
Padam1 istana..
BalasPadam..dikelilingi pengawal
..yang dikelilingi musuh
..musuh bijak..
kerahkan segala ikhtiar yang ada
..demi pertahankan 1 istana..
Ada pengawal yg membenarkan istana diceroboh, hukuman bunuh kepada yg membelot!!!
BalasPadam