Jumaat, 1 Jun 2012

Orang KEMAS bertambah kemas ler lepaih ni!

KUALA LIPIS 31 Mei - Umur persaraan wajib kira-kira 16,000 pegawai dan kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kini dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun selepas mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, JPA memaklumkan kelulusan itu menerusi surat yang dihantar kepada kementerian dua hari lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

"Permohonan tersebut dibuat kementerian ini sejak dua bulan lalu dan JPA meluluskannya berdasarkan kepada Skim Saraan Malaysia (SSM).

"Ia juga dibuat kerana kementerian merasakan mereka terbabit lama berkhidmat dengan Kemas dan mempunyai pengalaman cukup luas memajukan anak bangsa, masyarakat dan menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat," katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, dekat sini hari ini.

KM: orang kerja KEMAS kena berkhidmat lama sikit dengan kerajaan, kemahiran dan pengalaman anda amatlah diperlukan. Tapi takpe lepas bersara nanti ada ganjaran penghargaan lagi akan diberikan, jasamu dikenang.


*dipetik dari laman sesawang akhbar tempatan

5 ulasan:

  1. Ini baru betul kerja gomen sampai tua. Dah nak mampus pun kena kerja jugak. Kesian aku nengok pencacai umno.

    BalasPadam
  2. Tul tu. Dah tua patutnya pgi haji. Rasuah sampai tua.

    BalasPadam
  3. Blogger upahan UBN

    BalasPadam
  4. Belom dapat bayaran lagi dah dikata dapat upah...UBN tu apamende?

    BalasPadam
  5. Hancur hancur umno hidup hidup rakyat

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...