Rabu, 19 September 2012

GERAKAN BELIA 4B & BLOGGERS PCT BUAT LAPORAN POLIS

Gerakan Belia 4B Perak hari ini tampil membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan melalui akaun 'twitter'nya yang mempersoalkan usaha umat Islam membantah filem “Innocence of Muslims”.

Exco Pergerakan Belia 4B Perak, Muhamad Iqbal Jamal Jamaluddin menegaskan, Ngeh tidak mempedulikan sensitiviti terhadap agama Islam dalam kenyataannya dan mereka menentang sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi DAP Negeri itu.
“Hari ini kami, Gerakan Belia 4B Perak datang membuat laporan polis berhubung isu ini dan diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam dan tidak ada kena mengena dengan politik,” kata Iqbal ketika ditemui di Balai Polis Sg. Senam, Ipoh.

Terdahulu, kenyataan Ngeh di twitter berbunyi, Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this’ (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politiknya. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini)

Dalam pada itu, Iqbal menyifatkan pertanyaan yang dikeluarkan oleh Ngeh itu menggambarkan seolah-olah memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia mempertahankan maruah Rasulullah s.a.w.
“Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan dengan menyifatkan protes serta penentangan terhadap sebarang usaha menjatuhkan maruah Rasulullah adalah satu penghinaan kepada setiap umat Islam,” katanya lagi.

Syabas Gerakan Belia 4B Negeri Perak kerana mempertahankan maruah Islam dari diperkotak-katikkan oleh musuh yang penuh muslihat ini.

Pada petang semalam juga, blogger dari Perak Cyber Trooper iaitu 'Budak Benteng' dan 'Kinta Menjerit' telah membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Ipoh (saksikan rakaman video dibawah) tentang isu yang sama.

Difahamkan akan ada lagi laporan polis yang akan menyusul sama ada dari NGO atau wakil parti politik berkenaan dengan isu ini. Ikuti perkembangan sesi temuramah wartawan yang akan diadakan besok-lusa. Jangan kasi muka sama DAP di negeri Perak ini.



DAP anti Islam
We all muslim should anti DAP.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...