Ahad, 16 September 2012

Bumiputera ketinggalan dalam perniagaan telefon bimbit



Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hampir 20 juta telefon bimbit dijual di pasaran negara ini sejak dua tahun lalu.

Jika telefon berkenaan dijual pada harga minimum RM100 seunit, bermakna ia telah membuka pasaran bernilai RM2 bilion.

Angka itu pasti meningkat jika nilai pada segmen jualan produk sokongan termasuk aksesori, kad prabayar serta perkhidmatan selepas jualan dan harga sebenar telefon yang kebanyakannya melebihi RM700, diambil kira.

Melihat angka lumayan itu seharusnya industri ini telah memberi manfaat besar kepada golongan peniaga di negara ini termasuk bumiputera.

Bagaimanapun, tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia di pusat-pusat jualan utama telefon bimbit di sembilan negeri mendedahkan penemuan yang sebaliknya.

Tinjauan, penyamaran, penyelidikan dan pemerhatian wartawan-wartawan terbabit membongkar realiti bahawa tidak ramai peniaga bumiputera yang berjaya membolosi peluang perniagaan dalam industri itu, sebaliknya ia adalah industri monopoli satu kaum.

Di gedung gajet terbesar ibu negara, Plaza Low Yat misalnya, daripada lebih lebih 121 kedai dan kios menjual telefon bimbit dan peralatan berkaitan termasuk aksesori, hanya dua peniaga Melayu yang dikesan.

Situasi sama berlaku di Kompleks Pertama - kompleks yang dibina 35 tahun lalu pada asalnya bertujuan menyediakan ruang berniaga kepada peniaga Melayu.

Daripada lebih 100 kedai dan kios telefon bimbit, hanya dua diusahakan peniaga Melayu.

Di Digital Mall Petaling Jaya pula peniaga telefon bimbit Melayu langsung tidak kelihatan.

Mungkin ada pihak akan mendakwa bahawa ini berlaku kerana komposisi kaum penduduk di ibu negara yang agak sama atau lebih kepada bukan bumiputera menyebabkan keadaan itu berlaku.

Namun, tinjauan di negeri-negeri yang majoriti penduduknya Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah juga tidak menunjukkan perbezaan. Perniagaan telefon bimbit tetap dikuasai hanya satu kaum.

Tinjauan di KB Mall, Kota Bharu misalnya mendapati, hampir 20 buah kedai di kompleks itu, 100 peratus dimiliki oleh kaum Cina - daripada kedai bersaiz kecil hingga besar.

Kehadiran orang Melayu di kedai-kedai berkenaan hanya sebagai jurujual dengan gaji bulanan dianggarkan sekitar RM500 ke RM600 sebulan.

Di Kuala Terengganu, tinjauan di sekitar daerah itu mendapati hanya 20 peratus daripada kira-kira 70 buah premis dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, kad prabayar dan baik pulih telefon dimiliki peniaga Melayu.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga Melayu itu hanya menjual aksesori telefon bimbit serta kad prabayar, bukannya alat komunikasi itu.

Di Alor Setar, Kedah pula daripada kira-kira 50 kedai dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, tambah nilai prabayar serta perkhidmatan baik pulih di kompleks City Plaza dan Sentosa Mall, hanya 12 buah diusahakan oleh peniaga bumiputera.

Di Ipoh, Perak, tinjauan di Greentown Mall yang dikenali sebagai 'syurga gajet' mendapati, kaum Cina menguasai kesemua 20 kios yang dibuka di sudut Mobile City di pusat beli-belah itu.

Situasi sama turut berlaku di ruang legar beberapa pusat beli-belah lain termasuk Jusco Kinta City, Tesco Ipoh dan Kompleks Yik Foong.

Kalau ada pun kelibat orang Melayu di kios-kios berkenaan, rata-rata mereka hanya bekerja sebagai jurujual telefon bimbit dan aksesori.

Di Johor, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang tinjauan turut mendapati situasi sama apabila perniagaan telefon bimbit hanya dikuasai satu kaum sahaja.


Adakah ini salah kerajaan kerana memberi peluang terbuka perniagaan ini untuk sesiapa sahaja jalankannya tidak kira kaum atau sifat orang Melayu itu sendiri perlu diubah supaya bangsa mereka boleh maju dan berjaya. Sudah sampai masanya Melayu memandang ke hadapan mengubah jati diri dan tidak mengharapkan subsidi atau bantuan dari kerajaan semata-mata. Dalam masa yang sama kerajaan perlu juga memantau dan mengemas-kini mekanisme aktiviti ekonomi supaya tidak berlaku monopoli disamping membela nasib Melayu di bumi mereka sendiri.



* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

4 ulasan:

  1. kena ada syarikat yang mampu membawa HP dengan kuantiti dengan harga yang kompetatif baru lah boleh lawan harga dengan orang lain kerana harga diorang beli tak sama dengan orang melayu.

    BalasPadam
  2. Dorang yg bukan melayu ambil dalam kuantiti yg banyak...dari itu harga yg dorang ambil jd murah..mana kala bg orang melayu pulak ambil secara kuantiti yg kecil jd harga pun mahal...ini di sebabkan modal yg tak mencukupi..saya ada pernah melihat mereka yg bukan melayu bukan nya besar sgt modal cuma mereka kumpul dalam 10 buah kedai gabung untuk beli dlm kuantiti yg banyak...mana kala melayu pulak tak dpt untuk bekerjasama kerna kekurangan peniaga bangsa melayu...

    BalasPadam
  3. Kat Kelantan memang kedai HP ramai cina tapi kalau kedai komputer melayu yg paling top dan byk cthnya kedai Monaliza Mastura yg banyak cawangan di Kelantan dgn hardware2 yg high end. Jika dilihat bidang2 business yg lain org melayu kelantan byk yg monopoli disana. Kat sana kita dapat lihat org melayu yg terlibat dalam business pembinaan, peruncitan, pengiklanan, pelancongan, restoran/kedai makan, hotel, pembuatan dan perniagaan2 kecilan.

    BalasPadam
  4. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 2907 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




    atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL




    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



    angka GHOIB; malaysia



    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



    angka GHOIB; laos

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...