Isnin, 24 September 2012
Sekupangduas cili taruh kasi sama ni Nga
Di Ipoh, Perak...Blogger Sekupangduas.blogspot.com, Ahmad Sofian Yahya bertindak memfailkan writ saman terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming melalui peguamnya, Norali Nordin di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, kelmarin, dengan menuntut ganti rugi am kerana mendakwa pemimpin DAP itu membuat kenyataan berunsur fitnah melalui blog www.ngakorming.com.
Ahmad Sofian berkata, dalam blog itu terdapat beberapa kenyataan berbaur fitnah antaranya termasuk , ‘Blogger Umno tarik balik segala kenyataan fitnah...’ dan ‘Atas persetujuan blogger Umno Sekupang Dua, yang mempunyai nama Ahmad Sofian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming...’ adalah tidak benar.
“Kenyataan itu dinyatakan dalam www.ngakorming.com pada 12 September lalu dan ia seolah-olah mempunyai niat untuk memfitnah serta menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang blogger dengan memberi mesej yang tidak baik kepada orang ramai terhadap saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Sofian mengadakan sidang media ditemani peguamnya Norali Nordin, di Norali & Co, di sini, semalam.
Sebelum ini, satu persetujuan telah dicapai pada 22 Jun lalu agar Kor Ming dan Ahmad Sofian bersetuju menarik balik artikel masing-masing selepas mendengar nasihat hakim.
Namun, beliau berkata, kenyataan pemimpin DAP itu seolah-olah mahkamah telah memutuskan bahawa artikel di dalam blognya suatu fitnah sedangkan mahkamah tidak memutuskan sama ada artikel tersebut berunsur fitnah ataupun mempunyai kebenaran.
Menurutnya, sebuah portal berita terkemuka turut memberi gambaran yang salah kerana mengatakan dia sudah menarik balik saman balasnya tanpa menyebut bahawa tindakan tersebut hanya dibuat setelah Kor Ming menarik samannya terlebih dahulu.
“Sehubungan itu, saya bertindak untuk menuntut perintah injuksi beserta ganti rugi am kerana akibat penyiaran kenyataan tersebut, saya telah mengalami skandal awam, kesangsian, penghinaan serta kehilangan reputasi sebagai seorang penulis blog sehingga mengakibatkan kerosakan dan kerugian terhadap saya,” katanya
Sebelum ini, Sekupangduas telah menuntut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming untuk meminta maaf atas kenyataan wakil rakyat itu melalui peguamnya kepada media cetak berbahasa Mandarin, tempohari.
Ahmad Sofian,47, mendakwa, kenyataan yang dihantar melalui e-mel pada Rabu lalu kepada sebuah akhbar berbahasa Cina dan sebuah portal adalah fitnah dan berniat jahat bertujuan untuk memalukan beliau.
“Menurut laporan akhbar berkenaan, mereka menuduh saya ‘mengaku salah’ dan menarik balik kenyataan saya yang dikatakan suatu fitnah kepada Ahli Parlimen Taiping itu sebelum ini.
“Jelas saya tidak pernah mengaku salah serta menarik balik kenyataan berkenaan, saya masih percaya Kor Ming terlibat dalam salah guna kuasa dalam pemberian kontrak berkenaan.
“Perlu diperjelaskan, setelah Kor Ming menarik balik tuntutan saman RM10 juta terhadap saya, maka saya sebagai defendan bersetuju atas nasihat Yang Arif Hakim supaya menarik balik tuntutan balas saya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita pada sidang media di sebuah restoran di sini, semalam.
Ahmad Sofian berkata, apa yang dilaporkan dalam portal berkenaan memberi gambaran tidak tepat apabila hanya menyebut pihaknya menarik balik saman tanpa mendedahkan bahawa tindakan itu dibuat setelah Kor Ming menarik samannya terlebih dahulu.
Pihaknya turut mempersoalkan mengapa Kor Ming bersetuju menarik balik tuntutan saman sebesar itu.
“Saya ingin jelaskan saya tidak pernah membuat pengakuan salah malah tidak ada perintah mahkamah untuk saya berbuat demikian, mahkamah juga tidak memutuskan bahawa artikel tersebut adalah fitnah.
Sehubungan itu, pihaknya mahu Kor Ming dan peguamnya serta media yang terlibat dalam penyiaran artikel berkenaan memohon maaf dalam tempoh 24 jam atau tindakan undang-undang akan dibuat.
“Saya akan dapatkan nasihat peguam untuk membuat laporan polis jika kenyataan Kor Ming dan peguamnya mempunyai unsur menghina mahkamah,” katanya.
Dalam satu kenyataan Kor Ming yang menyebut dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh memerintahkan kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.
Selain menarik balik kenyataan terhadap Ahli Parlimen Taiping itu, Ahmad Sofian juga memberi Aku Janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tidak mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Kor Ming pada masa akan datang.
Kes berkenaan timbul apabila paparan blog SekupangDua bertarikh 16-12-11, menyebut Kor Ming ‘Penyamun Besar’ Negeri Perak dan menyalahguna kuasa apabila mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau.
Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat, Kor Ming membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Sofian pada 3 Januari lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan