Selasa, 25 September 2012
Niza sindrom MEROYAN, Ngeh pula sindrom PARANOIA
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dilanda sindrom `paranoiapolitik’ kerana sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
Katanya, keadaan ini berlaku kerana Ngeh memiliki budaya pemikiran kebencian yang ditanam di dalam dirinya.
"Kalau ada pemikiran keamanan dia tidak akan buat macam tu, dia akan melihat dulu tetapi oleh kerana dia mengalami paranoia politik (political paranoid) maka dia sering menyalahkan UMNO dan BN dalam apa juga perkara yang berlaku.
"Orang yang paranoid, kalau kena gigit semut pun dia akan kata itu semut BN dan UMNO,’’ katanya kepada media selepas merasmikan Program International Day of Peace anjuran Universal Peace Federation Malaysia di Hotel Riverfront, Ipoh petang ini.
Ditanya mengenai Ngeh yang memohon maaf berhubung kenyataan provokasinya yang memperlekehkan umat Islam, Dr Zambry berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada rakyat untuk menilai keikhlasanAhli Parlimen Beruas itu.
"Dalam soal ini, seringkali saya sebut soal sensitiviti agama dan bangsa ini tidak wajar dipermainkan atau dijadikan isu politik,’’ tambahnya.
Beliau menyebut umpamanya Ngeh mengkritiknya semalam selepas memohon maaf berhubung kenyataannya itu tetapi masih lagi mengatakan bahawa seolah-olah orang yang dibelakang tweet itu adalah Dr. Zambry.
"Saya kata, bagaimana orang yang di belakang tweet dia itu adalah saya, saya tidak pernah kacau dia dan tidak pernah keluarkan kata-kata kesat kepadanya apabila dia membuat tweet itu,’’ jelasnya.
Pada majlis itu, Menteri Besar turut melancarkan Malaysia-Korea Frienship Service Projek dan meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Universal Peace Federation Malaysia Cawangan Perak untuk melaksanakan aktivitinya. Hadir sama Presiden Universal Peace Federation Malaysia, Tan Sri Dr. Devaki Krishnan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan