Rabu, 19 September 2012

Zambry selar kenyataan provokasi Ngeh

Di kala masyarakat seluruh dunia mengecam filem ‘Innocence of Muslims’, ADUN Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham mengundang kontroversi apabila wakil rakyat DAP ini mengeluarkan kenyataan menyoal sama ada perlu umat Islam membantah penyebaran video klip tersebut.

Kenyataan Ngeh di twitter berbunyi ‘Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this’ (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politiknya. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini)

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam reaksi serta-mertanya menggangap kenyataan Ngeh dalam twitternya itu sebagai satu provokasi.

Sambil menyifatkan kenyataan Ngeh itu amat mendukacitakan, beliau turut menggangap Ngeh tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam yang amat tersinggung, marah dan rasa terhina dengan filem yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

“Ngeh seorang Kristian. Tetapi setahu saya, kalangan penganut Kristian juga marah dengan perbuatan menerbitkan filem itu.

“Sepatutnya dia (Ngeh) berkongsi bersama apa yang ditanggung umat Islam. Sebaliknya mengeluarkan kenyataan sedemikian. Dia mungkin akan kata dia hanya bertanya tetapi soalan dia amat provokatif sekali,” katanya kepada pemberita selepas sesi bertemu pelanggan di Ipoh, hari ini.

Menteri Besar berkata Ngeh tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan orang Islam dalam hal ini kerana apa yang dilakukan adalah tindak balas semulajadi setiap penganut apabila nabi mereka dipersenda dan dihina.

“Apa akan jadi jika ada pihak lain buat filem mengenai Nabi Musa atau Jesus itu anak siapa...begitu juga mengenai Abraham atau David. Setahu saya penganut Judism juga tidak suka sekiranya nabi mereka dipersenda dan dihina demikian rupa,” katanya.

Beliau mahu Ngeh sedar bahawa apa yang dilakukan umat Islam adalah hak dan cara untuk membantah serta menyatakan perasaan tidak puashati mereka terhadap penerbit filem tersebut.

“Ngeh seharusnya berhati-hati jika hendak buat kenyataan. Jangan sampai menyinggung perasaan umat Islam,” katanya.




DAP anti Islam
We all muslim should anti DAP



3 ulasan:


  1. CHIN PENG LU TAK SEMPAT NAIL ROCKET
    TAPI YOU SUKA 'NILAI' HIGHWAY
    YA ALLAH LUMPOHKAN LAH MANUSIA YG MENGHINA NABI MUHAMMAD HINGGA AKHIR HAYAT

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...