Isnin, 24 Disember 2012

Sempat lagi untuk daftar BR1M 2.0... belom tarikh tutup lagi


Rakyat Malaysia yang layak akan menerima bantuan BR1M ini dijangka awal tahun depan. Kepada yang masih belum mendaftar masih boleh membuat permohonan kerana masih belom tarikh tutup lagi.

Lebih 2.3 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 17 Disember lepas, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan lebih 720,000 permohonan daripada isi rumah.

Katanya, 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara online.

“Kita akan membuat pembayaran pada suku tahun pertama (2013), jadi untuk pembayaran tersebut, kita minta kepada mereka yang masih belum mendaftar agar mendaftar sebelum 31 Dis kerana permohonan ini perlu diproses supaya mereka dapat bayaran bila kita mula buat pembayaran.

“Kalau dia lewat, dia akan dapat lewat. Mereka boleh daftar secara online atau manual supaya apabila kita buat pembayaran pada suku pertama nanti, yang dah daftar semua akan dapat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan SME Bank di Ipoh, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata, tarikh tutup permohonan BR1M 2.0 yang bermula 1 Nov lepas belum ditetapkan.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan, agensi-agensi kerajaan atau dimuat turun atau diisi secara online melalui laman sesawang LHDNM: www.hasil.gov.my.

Katanya, bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...