Jumaat, 28 Disember 2012

Rebet Telefon Pintar RM200 Untuk Belia Mulai 1hb Januari 2013 ini


Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan hari Khamis.

Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

Jumlah dana sebanyak RM300 juta disediakan untuk Pakej Komunikasi Belia, diagihkan kepada 1.5 juta belia untuk tujuan pemberian rebat RM200 ini. Cara perlaksanaan dan syarat permohonannya adalah seperti berikut :

- Pemberian rebat RM200 secara one off ataupun sekali bagi setiap satu pembelian telefon mudah alih pintar 3G
- Pemberian rebat RM200 telefon pintar ini akan mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi bagi melaksanakan Pakej Komunikasi Belia ini
- Terbuka hanya kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun
- Pendapatan bulanan belia mesti RM3,000 dan ke bawah.

Dengan itu ramailah para belia dapat menikmati kemudahan rebet yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang layak.



~ Janji Ditepati ~




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...