Jumaat, 14 Februari 2014

Dana berjuta-juta Taib Mahmud didedahkan BMF

Kumpulan pendesak yang berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund, menggesa pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya membekukan AS$16.94 juta (RM56.32 juta) yang dipercayainya dana haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak yang akan bersara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ia mendakwa AS$16.94 juta itu adalah hasil daripada jualan sebuah bangunan di San Fransisco pada tahun 2012 oleh syarikat Sakti International Corporation, yang didakwanya separuh dimiliki oleh Taib dan ini melanggar perlembagaan Sarawak.

Perlembagaan negeri itu melarang ketua menteri daripada melibatkan diri secara aktif dalam entiti komersial.
Ia mendakwa bahawa penjualan Sakti itu merupakan satu contoh jelas pengubahan wang haram.
"Seorang ahli politik asing yang bertindak dengan cara yang menyalahi undang-undang dan perlembagaan tidak harus dibenarkan untuk beroperasi secara bebas di Amerika Syarikat," katanya.

Oleh itu, katanya, pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Malaysia perlu bertindak dengan tegas dan merampas semua aset Taib yang tidak dapat dijelaskan asal-usulnya.
Menurut BMF, dokumen didedahkan oleh pemberi maklumat Ross Boyert (kiri) pada 2010 menunjukkan bahawa 50 peratus daripada saham Sakti itu dipegang sebagai amanah bagi pihak Taib oleh saudaranya dan anak-anaknya.

Boyert telah menguruskan hartanah keluarga Taib di Amerika Syarikat selama 12 tahun sehingga dia dipecat. Beliau memfailkan saman terhadap Sakti pada tahun 2007 berkaitan pemecatannya itu.
Bagaimanapun, Boyert ditemui mati di sebuah bilik hotel di Los Angeles pada 2010, selepas dokumen itu bocor.

Menurut satu artikel dalam The Registry, sebuah portal berita yang memfokus kepada kawasan industri hartanah di San Fransisco Bay, sebuah bangunan bersejarah 11 tingkat serta penthouse di 260 California St, telah dijual pada bulan Julai 2012 pada harga AS$16.94 juta.

Ia berkata Sakti, satu unit hartanah dan firma pelaburan Sakto Corporation of Ottawa, Kanada, adalah penjual. Sakti juga menggunakan penthouse itu sebagai pejabatnya, tetapi berpindah selepas ia dijual.
Sakto diasaskan oleh anak perempuan Taib - Jamilah. Taib sebelum ini berkata kekayaan anak perempuannya itu adalah hasil perniagaannya sendiri.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan Bruno Manser Fund itu.

4 ulasan:

  1. kalo harta cinabeng tak siarkan pulak......

    BalasPadam
  2. Bruno Manser ni dulu 10 tahun dok hidup dalam hutan Sarawak bersama-sama Penan lebih berminat mengkristiankan kaum-kaum pribumi Sarawak dengan menggunakan dana Yahudi. Gerakan jahatnya telah diketahui oleh kerajaan Sarawak dan dia dihalau & diharamkan dari memasuki Sarawak.

    Gerakannya disifatkan sebagai gagal dan dia ada alasan berdendam dengan TS Taib. Sekarang biawak-biawak PR sedang menghidu bangkai Bruno dan menganggap rakyat Sarawak dapat dibodoh piang dengan memutar cerita.

    35 taikun Cinabeng tak duduk di Malaysia, menjarah harta beratus juta tak menjadi minat Malaysiakini pun....

    Aktiviti along2 Cinabeng melibatkan kerugian fiskal 15billion kepada negara setiap tahun takda Malaysiakini minat nak korek....
    Pemusnahan hutan hujan diPapua dan Amazon Brazil oleh sebuah syarikat pembalakan Cinabeng Malaysia yang Manser munkin kenal, Malaysiakini tak selera nak siasat??? bukan puluhan juta bro....berbillion

    BalasPadam
  3. mohon dipautkan blog http://paritbuntarrebels.blogspot.com/.blogspot
    dalam bloglist anda
    blog anda sudah dipautkan.
    sekian terima kasih

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...