Isnin, 6 Mei 2013

Beza cara berkempen PRU13 antara BN dan PR

Perbezaan kandungan Kempen BN dan PR dalam pilihanraya ke 13 ini:-

1. Kempen pihak PR bercerita tentang penderitaan rakyat, penyelewengan kerajaan, pendedahan rasuah dan salah laku pegawai kerajaan, menurunkan harga kereta, hapuskan PTPTN, hapuskan tol, beri air percuma, turun bil elektrik, turun harga minyak dan memberi bantuan kepada rakyat serta memperjuangkan ketelusan dan amanah.

Manakala kempen UMNO dan BN pula ialah video lucah, Anwar kaki liwat, Anwar al-jubori, Nurul Izzah hisap aiskrim pensyarahnya, PKR agen yahudi, DAP akan tubuhkan negara Kristian, DAP akan hapuskan hak Melayu, Nik Aziz bapa kafir, Pas ialah parti Syiah, PKR perjuangkan liberal dan LGBT, Orang Melayu akan hilang hak dan kuasa dibawah PR.

2. Seterusnya pihak BN berkempen 24 jam di TV 1, 2,3 dan semua saluran, radio, suratkhabar dan lain-lain. Menggunakan jentera kerajaan, dibantu polis dan berbuat samseng menakut-nakutka n rakyat yang menyokong Pakatan rakyat.

Sedangkan PR pula hanya dapat berkempen di jalanan, internet dan media massa alternatif.

3. Umno dan BN sibuk 'memaksa' rakyat bersyukur, bersabar dan berterima kasih kepada kerajaan kerana beri bantuan, buat pembangunan dan sediakan kemudahan kepada rakyat dengan MENGUNGKIT segala jasa dan hasil kerja kerajaan BN yang memerintah.

Manakala PR pula sibuk mendedahkan salah laku, korupsi dan penyelewengan kerajaan BN selama mereka memerintah dan rasuah, salah guna kuasa dan penindasan terhadap orang susah dan rakyat yang diabaikan oleh kerajaan dan wakil-wakil rakyat BN yang tidak mempedulikan nasib rakyat kecuali apabila tiba musim pilihanraya.

4. Cara UMNO dan BN berkempen ialah mendedahkan keburukan lawan dan mendakwa pihak PR tak layak, jahat, kotor, dan tidak boleh memerintah Malaysia dan hanya mereka yang layak.

Cara PR berkempen pula ialah mengajak rakyat membuat perubahan dan memperbaiki keadaan dan sistem pentadbiran serta politik di Malaysia.

1 ulasan:

  1. Malaysia telah dikerat dua, sebelah sana bersama Cina, sebelah sini bersama Melayu. Lebih baik begitu dari hidup bermuka-muka..

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...