Ahad, 5 Mei 2013

P057 : Kenapa pangkah calon muda BN yang bernama Mua'amar Ghadafi Jamal ???





Pengerusi Gerakan Belia 4B, Muammar Ghadafi Jamaludin bakal menjadi tumpuan apabila diumumkan bertanding di Parlimen Parit Buntar, kerusi panas yang juga kubu kuat Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) itu adalah antara calon muda Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Menteri Besar merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini hari ini.

Muammar Ghadafi dijangka berdepan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang juga penyandang kerusi tersebut.

Pada PRU-12, Mujahid menewaskan calon BN, Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti 7,551 undi.

Barisan Nasional (BN) mempunyai potensi untuk mengambil kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parit Buntar dan Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, keyakinan BN untuk menawan semula kerusi Parlimen dan Dun itu timbul berikutan kegagalan penyandang kerusi dari parti pembangkang membawa pembangunan di kawasan berkenaan.

"Apa yang kita dapat bila kita memilih calon pembangkang?... Rakyat perlukan pembangunan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bertemu rakyat di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Piandang di sini,semalam. Pada PRU12 pada 2008, kerusi Parlimen Parti Buntar dimenangi oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dari Pas dan dua kerusi Dun di bawah Parlimen itu iaitu Titi Serong disandang oleh Dr Khalil Idham Lim (Pas) dan Kuala Kurau oleh Abdul Yunus Jamahari dari PKR. Kerusi Parlimen Bagan Serai dimenangi oleh calon PKR, Muhsin Fadzli Samsuri manakala kerusi Dun Alor Pongsu dimenangi calon BN Sham Mat Sahat dan Dun Gunung Semanggol oleh calon Pas, Ramli Tusin.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata, kekalahan BN di kawasan tersebut bukan disebabkan pembangkang kuat sebaliknya ia disebabkan oleh masalah dalaman dan percanggahan pendapat dalam kalangan ahli parti. Justeru itu, beliau berkata, permasalahan lama yang dihadapi oleh jentera pilihan raya BN di kedua-dua kawasan itu harus diselesaikan segera supaya dapat bangkit semula daripada kekalahan lima tahun lepas. Beliau turut memberi jaminan bahawa calon BN pada PRU13 di kawasan itu adalah daripada kalangan anak tempatan. "Rakyat kena sokong siapa sahaja calon supaya BN dapat semula kerusi di kawasan-kawasan itu sekiranya mahu kawasan itu membangun dan menikmati pelbagai kemudahan," katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Parit Buntar, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin antara muka baru yang diketengahkan pucuk kepimpinan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau mengakui begitu teruja apabila dicalonkan bertanding di Parlimen Parit Buntar, sekaligus satu pengiktirafan kepada sumbangan golongan muda dalam arena politik negara.

Bercakap kepada Peraktoday.com, Mua’amar Ghadafi Jamal berkata, dengan sokongan padu yang diberikan calon kerusi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau, beliau menaruh keyakinan kerusi Parlimen Parit Buntar dapat dirampas kembali daripada tangan pembangkang.

“Setakat ini, pergerakan kempen berjalan lancar dengan sokongan badan bukan kerajaan dan sambutan rakyat tempatan juga cukup baik.

“Dengan pergerakan jentera yang cekap, sokongan rakyat kini kembali semula kepada BN dan saya yakin peluang BN merampas semula kerusi Parlimen Parit Buntar dan kerusi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau amat cerah,” katanya.

Mengulas lanjut, anak muda ini menegaskan gandingan muka baru di parlimen dan muka lama di peringkat DUN memberi kelebihan kepada BN untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Kerjasama yang diberikan calon DUN Titi Serong, Abu Bakar Mat Ali dan calon DUN Kuala Kurau, Mohd Salleh Mat Disa yang cukup berpengalaman luas dalam politik tempatan memberi semangat kepada orang baru seperti saya untuk meneruskan perjuangan bersama BN.

“Saya dapati golongan muda hari ini mahu suara dan peranan mereka diiktiraf oleh kerajaan dan segala permasalahan yang timbul ditangani dengan baik.

“Berdasarkan kepada faktor itu, saya berharap pengundi Parlimen Parit Buntar khususnya golongan muda memberi sokongan padu kepada calon BN pada PRU-13 bagi memastikan suara dan harapan mereka dapat didengari pihak kerajaan,” tambah beliau lagi.

Selain itu, walaupun tewas pada pilihan raya 2008, Abu Bakar dan Mohd Salleh katanya, terus berkhidmat kepada rakyat sejak empat tahun lalu, sekaligus mencerahkan lagi harapan BN untuk merampas kembali kerusi DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau masing-masing daripada PAS dan PKR.

Pada PRU-13, Mua’amar Ghadafi akan berhadapan pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Untuk kerusi DUN Titi Serong pula, calon BN, Abu Bakar akan menghadapi cabaran daripada Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Perebutan kerusi DUN Kuala Kurau pula menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Salleh dan Abdul Yunus Jamahri yang mewakili PKR.










2 ulasan:

  1. LOL..

    Lps baca artikel mcm ni lps result keluar, serius mcm bodoh je promote.

    Pembangkang tak kuat di Parit Buntar la, undi golongan muda la. HAHAHA...

    What a joke la.

    Jilat la balik semua analisis sampah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Calon BN seghupa pelaq, muka yg sama tiap2 kali PRU...muamar pon dh nk pru baru mai....puiiihhhj

      Padam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...