Khamis, 2 Mei 2013

Perak dibawah BN berjaya dapatkan hasil RM47 juta lebih dari PR





Perak di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) berjaya mencatatkan lebihan hasil sebanyak RM47 juta kepada RM867 juta pada tahun lepas daripada RM820 juta pada tahun 2011.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, peningkatan pendapatan sebanyak RM47 juta adalah berikutan usaha kerajaan negeri melaksanakan penstrukturan semula harga sumber mineral di mana pengusaha dikenakan bayaran berdasarkan jenis dan kualiti sumber itu.
Sehubungan itu, beliau berkata sumber asli mineral telah dikategorikan dan akan dikenakan bayaran royalti yang bersesuaian.
“Kesemua pengusaha mesti membayar royalti kepada negeri pada masa ini. Bayaran ini merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri,” katanya pada satu sidang media selepas membuat tinjauan di Terminal AmanJaya, Meru Raya di sini hari ini.
Zambry berkata, kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha untuk menerokai bidang biodiversiti dan merancakkan sektor pelancongan bagi meningkatkan hasil pendapatan negeri.
“Dalam sektor pelancongan negeri, kita kini, sedang memajukannya. Kita telah mula menarik lebih ramai pelancong," katanya


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...