Rabu, 10 September 2014

Judi Haram Kebal Hilang Taring Penyebab Negara Dilanda Musibah


Rakyat mempertikaikan tindakan dan peranan agensi penguat kuasa dalam membanteras kegiatan mesin judi haram yang semakin membarah dalam masyarakat.

Menerusi surat yang dihantar kepada pelbagai pihak termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka mempersoalkan mengapakah kegiatan berkenaan terus berleluasa seolah-olah 'kebal' daripada tindakan undang-undang.
Kandungan surat itu turut mempertikaikan sejauh mana tindakan diambil oleh polis, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi terlibat terhadap kebimbangan disuarakan rakyat yang menaruh harapan tinggi agar pihak berkuasa dapat menanganinya.
Seorang pengadu dikenali sebagai Sulaiman berkata, rakyat berulang kali dikecewakan dengan kelemahan agensi penguat kuasa apabila kegiatan mesin judi haram masih bermaharajalela di seluruh negara.
Katanya, mereka tidak mahu lagi mendengar alasan tetapi mahu melihat tindakan kerana sudak muak dengan kegiatan mesin judi haram yang tidak berkesudahan.
"Dengan adanya maklumat lokasi kegiatan ini, mengapakah tiada tindakan pihak berwajib untuk menghentikannya. Surat demi surat dihantar kepada pihak berkenaan namun tiada yang berani bertindak demi bangsa dan Allah," katanya.
Seorang lagi pengadu, Azmi Malek pula terkejut kerana premis perniagaan mesin judi haram kembali beroperasi seperti biasa selepas diserbu oleh pihak berkuasa.

Adakah disebabkan ada tangan ghaib (kuasa besar) 'The Hidden Hand' yang membelakangi di sebalik kegiatan haram ini?...MISTERI !!!
Macam cerita agenda Yahudi pulak ya...The Illuminuti tu...mungkin jugak sebab kegiatan haram ini adalah 100% dari kongsi gelap. Kongsi gelap yang berasal dari negara China ini pulak adalah hasil ciptaan "Kuasa Ghaib" itu. Ini semua ada berkaitan terutama kegiatan yang melibatkan ekonomi atau transaksi wang haram. 'Tangan Ghaib' ini mengawal segala-galanya melalui situ dengan gunakan pengaruh dan kuasa wang. Maka akhirnya kita akan dapati kegiatan ini tidak dapat dilumpuhkan sungguhpun di peringkat paling atas sekalipun....JANGAN HAIRAN  
Dia juga memperincikan modus operandi kegiatan tersebut dalam kandungan suratnya dengan harapan agensi penguatkuasa dapat bertindak tegas menerusi maklumat tersebut.
"Premis yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga ini dibuka kembali selepas diserbu. Malah ia lebih berani beroperasi sehingga 24 jam sehari dan mendapat sambutan daripada pelanggan yang majoritinya adalah kaum Melayu," katanya.
Abdul Rahaman pula melahirkan rasa dukacita melihat tiada penguatkuasaan sepenuhnya terhadap kegiatan mesin judi haram sehingga ia terus meningkat.
"Banyak aduan dikemukakan kepada polis tetapi hasilnya amat mengecewakan. Kami difahamkan polis memerlukan kerjasama orang ramai tetapi apakah mereka benar-benar bertindak atas maklumat disalurkan," katanya.
Tindakan pengusaha pusat mesin judi haram yang terus berdegil meneruskan kegiatan mereka dari hari ke hari semakin membimbangkan apabila terdapat premis baharu dibuka walaupun sebelum ini pihak berkuasa menjalankan operasi membanteras kegiatan itu.
Pembukaan premis baharu itu menimbulkan persoalan sejauh manakah keberkesanan pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan haram tersebut yang kini dianggap semakin mengancam masyarakat khususnya orang Melayu.
Lebih mendukacitakan, tinjauan wartawan di beberapa negeri mendapati, pengusaha-pengusaha mesin judi itu masih menjalankan operasi seperti biasa seolah-olah mereka tidak takut kepada pihak berkuasa.
Di MELAKA, kegiatan haram itu masih lagi berterusan dan berada di takuk yang lama walaupun gejala tersebut didedahkan dan premis berkenaan pernah diserbu oleh pihak berkuasa.
Kegiatan itu menimbulkan kerisauan terhadap masyarakat khususnya di daerah Bukit Katil apabila terdapat premis mesin judi haram baharu dibuka pada minggu lalu yang menjadi tumpuan golongan muda.
Apa yang membimbangkan, kegiatan tersebut tidak seharusnya dibiarkan memandangkan hampir 80 peratus penduduk di Bukit Katil adalah orang Melayu.
"Mengapa pihak berkuasa tempatan membiarkan pusat judi ini beroperasi dan menjadi tumpuan masyarakat tanpa mengira peringkat umur," kata seorang penduduk yang ditemui.
DI SEPANG, khususnya di Kota Warisan terdapat kira-kira empat premis mesin judi haram beroperasi semenjak tiga tahun lalu.
Sumber memberitahu, pemilik premis-premis berkenaan seperti tidak gentar walaupun operasi membanteras gejala ini dijalankan dari semasa ke semasa.
"Malahan pengusaha semakin berani bertindak memperbesarkan premis dengan meluaskan ruang perniagaan di bahagian atas kedai serta menambah mesin judi daripada 12 mesin kepada kira-kira 50 buah mesin.
"Jarak antara setiap premis terbabit hanya kira-kira lima buah kedai sahaja dan sering menjadi tumpuan penduduk setempat tetapi majoriti pelanggan terdiri daripada bangsa Melayu," kata satu sumber.
Selain itu, pelanggan yang mengunjungi premis terbabit turut dihidangkan dengan pelbagai hidangan seperti sate dan air minuman bertujuan supaya mereka meneruskan pertaruhan.
Dalam pada itu, tinjauan di KAJANG mendapati pengusaha premis mesin judi masih terus beroperasi menjalankan kegiatan haram dengan berselindung di sebalik perniagaan lain seperti makanan, kafe siber dan pusat hiburan keluarga.

Masih menggunakan modus operandi sama, pengusaha masih meletakkan seorang penjaga di hadapan pintu masuk dan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan pergerakan keluar dan masuk pelanggan.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau premis-premis mesin judi haram secara berterusan agar usaha membanterasnya dapat dilakukan secara lebih komprehensif.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pendekatan itu dilihat lebih berkesan kerana setiap bahagian penguat kuasa yang ada dalam PBT di sesebuah daerah dan negeri lebih mengetahui senario sebenar yang berlaku di kawasan seliaan masing-masing.
Menurut beliau, PBT dan SUK juga perlu menjemput agensi-agensi penguat kuasa lain setiap kali mereka mengadakan serbuan dan operasi.
"Sebagai contoh mereka perlu mengajak polis, wakil syarikat bekalan air, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), jabatan agama Islam negeri dan TNB (Tenaga Nasional Berhad).
"Apabila semua pihak yang terlibat ada, maka barulah usaha untuk membanteras kegiatan haram ini dapat dilakukan dengan berkesan. Ia juga bagi mengelakkan 'sikap tuding menuding' di antara mereka apabila berlakunya sesuatu pertikaian," katanya ketika dihubungi wartawan di sini hari ini.
Akbar Nasional tempatan menyiarkan laporan khas mengenai kegiatan mesin judi yang terus berleluasa biarpun pelbagai pendedahan dilakukan oleh media. Pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PBT di peringkat negeri dan daerah seolah-olah hilang 'taring' bagi membanteras gejala tersebut.
Mengapa???

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, bagi memastikan ketelusan membabitkan kesemua pihak yang terlibat, wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu turut serta dalam setiap operasi bersepadu yang dijalankan.
Malah, beliau turut menyarankan agar wakil daripada Jabatan Peguam Negara juga perlu turut serta bagi memantau, sekali gus membantu SPRM menjalankan penyiasatan serta pendakwaan terus jika didapati berlaku sebarang penyelewengan seperti rasuah dalam menangani gejala negatif tersebut.
"Apabila wujud kerjasama orang ramai dan pembabitan pegawai penguat kuasa peringkat atasan, kita yakin punca sebenar kegiatan judi haram terus berleluasa dapat dikenal pasti seterusnya dapat dibanteras," katanya.


Antara NGO-NGO yang bersuara dalam usaha memBANTERAS judi haram ini :
1)  PPIM
2)  PPPM

Antara media cyber, media cetak dan akhbar yang menyiarkan kegiatan judi haram ini :
1)  Utusan Malaysia
2)  Sinar Harian
3)  Harian Metro
4)  Bernama
5)  Kosmo

Badan-badan atau Agensi-agensi yang WAJIB ambil tindakan penguatkuasaan :
1)  PDRM
2)  SPRM
3)  SUK
4)  PBT
5)  TNB
6)  Lembaga Air Negeri
7)  Peguam Negara
8)  SKMM
9)  Jabatan Agama Islam Negeri
10) SSM
11) Pejabat Tanah
12) Syarikat Telekomunikasi (internet)

Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...


BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

JUDI ITU PEROSAK BANGSA

HARAM DISISI UGAMA ISLAM



BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan