Rabu, 8 Mei 2013

Tawaran Untuk Sertai Kerajaan Kepada Parti DAP



DAP sedang menghadapi tekanan yang amat berat dari masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalanraya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain.

Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan  Malay Dominant Barisan Nasional telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina.



Jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan  masyarakat Cina kepadanya ialah; dengan menawarkan penyertaan  DAP dalam kerajaan, kerana ia parti yang mewakili orang Cina  Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi beranding MCA hanya 7 kerusi.

Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan Barisan Nasional menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib untuk melangkah ke arah national  reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia.

Berada dalam euphoria kemenangan orang Cina belum dapat merasakan kesakitannya, tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan.



Untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan dari masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada  kerajaan dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, metrialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina.

Bagaimanapun, halangan yang terbesar tentunya dari Parti Keadilan  Rakyat yang pastinya sama sekali tidak dapat turut serta kerana berada di bawah kepimpinan yang perbicaraan moralnya belum selesai lagi di Mahkamah bagi menentukan kelayakannya di Parlimen.

DAP harus memikirkan apakah keuntungan kepadanya dan kepada masyarakat Cina jika terus berada dipihak pembangkang sebagai wakil orang Cina, kecuali hanya boleh bercakap dan bercakap untuk jangka masa lima tahun akan datang, berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa itu.

Anjuran ini mungkin dianggap sebagai suatu perkara yang mustahil, akan tetapi menyedari bahawa politik adalah merupakan seni segala boleh dan senantiasa memerlukan dinamisme supaya tidak bangkrap seperti komunisme, maka formula yang praktis dan manasabah boleh dicari sekiranya kedua pihak bersetuju untuk duduk semeja dan berunding secara jujur dengan fikiran terbuka.

Jurang politik yang wujud ialah jika  kedua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baru. Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik.

Berapa banyak prinsip dan dasar yang telah terkorban dan lenyap ditelan masa dalam dunia politik demi untuk survival politik itu sendiri. Dunia komunis hancur kerana amalan politik yang jumud tanpa dinamisme ke arah transformasi yang sesuai dengan perkembangan semasa.

Kedua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baru Malaysia.

Jika DAP dapat bekerjasama dengan PAS yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk berkerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras.





* dipetik dari blog Budak Benteng








2 ulasan:

  1. Sekiranya najib terima DAP sebagai rakan politik, UMNO akan kehilangan keseluruhan undi melayu.

    BalasPadam
  2. sokong sangat!!! kita tendang najib jika dia masih muka x malu terhegeh2 dengan china petah lagi DAP, lagi haram keturunan aku nak terima!

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...