Ahad, 26 November 2017

Berkhatan Perdana KINTA 2017...

Jadual Program Berkhatan Perdana Kinta 2017

Tarikh :   26 Disember 2017
Hari    :    Ahad
Lokasi :   Dewan Komuniti Kampung Pengkalan
                 Pegoh, Ipoh, Perak.

7.30am -   berkumpul di kawasan lapang
                   berdekatan kawasan perhentian
                    teksi  tesco stat. 18

8.00am -   berarak menaiki lori beramai-ramai
                  menuju ke dewan komuniti kg
                  pengkalan pegoh, Ipoh.
                   sesi fotografi atas pelamin

9.00am -   peserta makan/mandi bersiram
                   air semburan bomba/bersanding

10.00am - khatan bermula

11.00am - ucapan

12.00pm - jamuan makan tengahari

2.00 pm   - bersurai

* Program kebajikan ini adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Melayu Bersatu Perak (PKMBP) bersama penaja iaitu Rhino Airel Travel & Tour Sdn Bhd.

Niat utama adalah fisabilillah membantu golongan asnaf dan miskin bandar dari komuniti sekitar Kampung Pengkalan Pegoh, Station 18 dan Ipoh.

Peserta dari keluarga yang miskin dan asnaf diberi PERCUMA penyertaan mereka.

Seramai 57 orang kanak-kanak pelbagai peringkat umur menyertai program di pagi Ahad 26hb Disember 2017 ini.

Program tahunan ini adalah yang kali kedua dijayakan oleh PKMBP.

Semburan air paip bomba dikendalikan dengan kerjasama pihak anggota Balai Bomba Lahat. Air ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Air Perak. Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat.


Sabtu, 25 November 2017

Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!


Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017


SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan:
  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.




Ahad, 29 Oktober 2017

Hutang : Bank Guna Agensi Kuitp

MUKADIMAH: JANGAN mudah tertipu dengan taktik licik agensi pengutip hutang! Pakar perundangan firma guaman Tetuan Azam Aziz Shaharudin Ali & Co., MOHD KHAIRUL AZAM ABDUL AZIZ dan DATUK SHAHARUDIN ALI yang dikenali melalui pembelaan kes amukan di Plaza Low Yatt serta kes peguam, Kamal Hisham Jaafar merungkai kekeliruan mangsa penipuan dan ugutan agensi-agensi pengutip hutang ini.

Kenapa bank dan institusi kewangan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang di Malaysia?
MOHD. KHAIRUL AZAM: Apabila seseorang itu berhutang, pihak penuntut seperti bank atau institusi kewangan ada masa enam tahun sahaja untuk buat apa-apa tuntutan sivil melalui proses mahkamah, bermula dari tarikh hutang tidak dibayar. Selepas tempoh enam tahun itu, mereka tidak boleh lagi tuntut melalui mahkamah dan dikira sebagai hutang lapuk yang dikawal bawah Akta Perbatasan.
Memandangkan ada banyak hutang tak dibayar menyebabkan institusi kewangan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang yang dibayar komisen mengikut jumlah hutang berjaya dikutip. Bilangan agensi ini semakin bercambah tetapi masalahnya adalah kaedah digunakan khususnya untuk menakutkan, mengugut dan menipu menggunakan ‘bahasa perundangan’.
Orang ramai ditakut-takutkan agensi pengutip hutang ini dengan proses undang-undang yang sebenarnya tidak boleh dikuatkuasakan ke atas mereka selepas tempoh enam tahun tersebut, khususnya prosedur sita dan diisytihar muflis.

Jadi, proses penyitaan dan isytihar muflis mengikut prosedur mahkamah?
MOHD. KHAIRUL AZAM: Pertama sekali, institusi kewangan perlu dapatkan penghakiman mahkamah. Contohnya ada hutang RM25,000 yang tidak dibayar, maka mahkamah akan keluar perintah untuk bayar jumlah itu. Peguam akan sampaikan penghakiman ini kepada penghutang yang diberikan tempoh 14 hari untuk membayarnya.
Jika gagal, pihak penuntut perlu pergi semula ke mahkamah untuk tindakan kedua iaitu dapatkan writ penyitaan dan penjualan. Ini satu penghakiman atau perintah baharu dari mahkamah yang membenarkan bailif mahkamah, bukannya peguam atau pihak lain, laksanakan proses penyitaan.
Bailif perlu hadir ke premis orang berhutang mengikut notis rasmi memaklumkan satu tarikh khusus untuk memulakan proses menyita. Peguam hanya boleh mengiringi bailif dan proses ini bukannya dengan pecah masuk rumah penghutang. Bailif akan membuat penilaian barang yang boleh disita.
Hanya barang di ruang tamu dan dapur boleh disita, kecuali peti ais, malah bilik tidur juga tidak boleh masuk langsung. Barang yang disita akan dilelong pada tarikh berbeza.
Katakan lelongan barang disita mengutip RM5,000, maka baki RM20,000 boleh diusahakan melalui kaedah lain pula.
Mana-mana pihak sekalipun tidak boleh tampal notis atau pita kuning penyitaan dan lelong pada pagar rumah orang lain mahupun tiba-tiba menghantar lori untuk merampas harta benda penghutang, semuanya dilakukan bailif mengikut prosedur mahkamah menggunakan dokumen rasmi.
Kerajaan juga telah meminda Akta Kebankrapan 1967 dengan meningkatkan kadar hutang dari RM30,000 kepada RM50,000 untuk membolehkan seseorang diisytihar muflis. Maka, orang ramai perlu berhati-hati jika ada panggilan telefon dari agensi pengutip hutang ini kerana mahkamah, polis, Pejabat Peguam Negara mahupun Bank Negara tidak pernah dan tidak akan menghubungi anda melalui telefon. Sebarang urusan rasmi mesti melalui dokumen dan surat rasmi.

Boleh kongsikan kes-kes yang pernah dilaporkan berkaitan agensi pengutip hutang ini?
MOHD. KHAIRUL AZAM: Ramai yang bertanya melalui Facebook sama ada betul rumah mereka boleh disita dengan pelbagai amaran dan notis ‘palsu’ kerana agensi pengutip hutang menggunakan bahasa perundangan malah dokumen mahkamah pun boleh diperoleh melalui Internet.
Ada yang ditampal gambar mereka di tempat awam seperti dilakukan ah long, kebanyakan kes di Lembah Klang. Ada juga pengguna yang takut dan bayar tetapi hutang tidak berkurangan dan masih disenarai hitam Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS).
Ada mengadu hutang kad kredit baru RM3,000 sudah diugut muflis, bakal hilang kerja. Ada beli telefon bimbit harga RM3,000, gagal bayar bayaran bulanan dan diugut muflis, hilang pekerjaan dan bakal dihadap ke mahkamah.
Selain ugutan berterusan, ada juga yang tunggu di depan rumah seperti gangster minta bayar hutang. Tujuan kutip hutang itu betul tetapi ugutan itu tetap satu bentuk jenayah.
Jika umum mempunyai ilmu asas had perundangan sita dan muflis, tidak perlu rasa takut tetapi ada yang percaya hutang suami boleh menyebabkan isteri turut muflis serta hilang pekerjaan.
Trend terbaharu, ada agensi pengutip hutang ini ‘curi’ talian telefon mahkamah, ibu pejabat polis malah ada yang menggunakan talian rasmi Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara. Jika dihubungi semula nombor tersebut akan masuk ke pejabat berkaitan tetapi pegawai yang menelefon tadi ‘tidak wujud’.

Apakah yang boleh dilakukan orang ramai jika dihubungi agensi pengutip hutang?
MOHD. KHAIRUL AZAM: Pertama sekali jangan takut. Apaila takut akan hilang pertimbangan dan bertindak secara tidak rasional. Jangan mudah percaya dengan ‘dokumen mahkamah’. Jumpalah peguam terdekat untuk pastikan dokumen itu sah atau palsu serta tanya langkah yang boleh diambil.
Jika terbukti penipuan atau ada unsur ugutan dan cuba mendatangkan ketakutan, mangsa boleh buat laporan polis. Sekiranya tindakan agensi tersebut boleh cetuskan klausa fitnah, contohnya adik berhutang guna alamat rumah abang tetapi abang pula diugut dan diserang sehingga jiran tetangga pun tahu.
Maka boleh kemukakan saman sivil terhadap agensi pengutip hutang kerana memalukan, mencederakan mahupun merosakkan harta persendirian.Saya bukan mengatakan ‘tidak perlu bayar hutang’, hutang kecil atau besar perlu dibayar sekalipun sudah melebihi tempoh enam tahun untuk proses perundangan tersebut.
Kita perlu menjadi manusia bertanggungjawab, sekalipun tidak mampu bayar banyak bayar sedikit-sedikit tetapi pihak bank dan agensi pengutip hutang juga perlu guna cara betul, bukannya ugutan.

Kenapa agensi pengutip hutang semakin bercambah sedangkan operasi mereka seolah-olah mencabar undang-undang negara?
SHAHARUDIN: Jika mengikut proses perundangan mahkamah tiada masalah tetapi agensi pengutip hutang menggunakan beberapa teknik yang tidak sah dan tidak betul.
Ini seperti menakut-nakutkan penghutang dengan kerap dan berterusan, menggunakan dokumen palsu, menggunakan nombor telefon palsu dan mengenalkan diri secara palsu termasuk menyamar sebagai pegawai mahkamah, bank mahupun pejabat peguam.
Agensi sebegini kelihatan bercambah dan menular kerana sekarang semakin sukar untuk dapatkan perintah muflis terhadap mana-mana individu berbanding dahulu. Bila susah untuk gunakan teknik muflis dan langkau had masa enam tahun proses perundangan, maka bank atau agensi kewangan guna agensi pengutip hutang dengan kadar komisen tertentu ikut jumlah hutang berjaya dikutip.
Kontrak bank dan agensi tersebut sah kerana mereka entiti yang berdaftar, cuma kaedah digunakan pengutip hutang tidak dinyatakan dalam perjanjian dengan bank.
Melihatkan ‘keghairahan’ agensi pengutip hutang, saya sarankan kerajaan arah bank dan institusi kewangan dedah jumlah komisen yang diberikan. Di kebanyakan negara lain, kontrak ini ditentukan mahkamah dan tidak boleh dibuat sebarangan, ada kod etika dan macam-macam peraturan yang boleh dan tidak boleh buat.
Di negara kita belum ada pemantauan dan kawal selia aktiviti agensi pengutip hutang. Pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976 menjadikan satu kesalahan bagi pihak lain melakukan kerja-kerja lazim dilakukan seorang peguam tetapi pengutip hutang dikatakan berada ‘atas sempadan’ sedangkan mereka berani menghantar ‘surat tuntutan’ yang lazimnya kerja seorang peguam.

Adakah masalah penyalahgunaan undang-undang hutang lapuk ini dapat diselesaikan?
SHAHARUDIN: Malaysia adalah antara negara yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi di dunia maka masalah pengutip hutang ini nampaknya akan berpanjangan dengan pelbagai kaedah ‘licik’ mereka.
Masalah CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tidak begitu diperbesarkan orang ramai kini tetapi hutang lapuk masih juga dilayan sedangkan sudah tidak sah dituntut di mahkamah.
Saya minta kerajaan dan Bank Negara lihat kembali amalan Bank Negara menyenarai hitam orang disebabkan hutang-hutang lapuk ini yang tidak boleh diiktiraf undang-undang lagi. Hutang ‘luput masa’ ini tidak patut dibenarkan disenaraikan dalam CTOS atau CCRIS lagi.
Hutang memang perlu dibayar tetapi pantau juga penularan kumpulan-kumpulan yang berani menangguk di air keruh.






*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Sabtu, 21 Oktober 2017

Dragon 9 lebih POWER dari Agensi Penguatkuasa...PPIM kena UGUT!!!

Apakah yang dah terjadi pada negara ini bila agensi-agensi penguatkuasa dah macam tak ada kuasa bila cerita pasal bab judi haram ni???
Korupsi, wang perlindungan dan RASUAH serta pelbagai bentuk penyalahgunaan kuasa berluas-luasa. Sumber dari PPIM mengatakan 'Dragon 9' ni paling POWER sampai boleh CONTROL semua 'orang dalam' mereka dalam agensi-agensi penguatkuasa ni.
Siapakah manusia-manusia dalam 'Dragon 9' ni???
Haaa...ni kerja PDRM, SPRM dan yang sekaitan dengan nya, hangpa punyer kerja....jangan sampai rakyat kata hangpa tak buat kerja, takda integriti, amanah ikhlas dan jujur.
Kepada penjawat agensi penguatkuasaan yang beragama Islam dan mengucap syahadah tu jangan lah takut dengan setan dragon tu....takutlah dengan Allah. Percayalah bahawa mahluk tak berkuasa yang berkuasa hanyalah Allah Taala.

Berikut petikan artikel berita dari akhbar tempatan:
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan memberi keterangan kepada polis berhubung beberapa ugutan dan ancaman diterima daripada sindiket perjudian.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan sebelum ini mendedahkan kegiatan perjudian haram dan aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi sembilan ketua digelar ‘dragon’ yang mengutip RM5 bilion sebulan.
Menurutnya, sindiket itu mengancam menyerang PPIM bila-bila masa selepas pendedahan berkenaan.
“Saya akui antara kandungan mesej diterima, mengatakan PPIM perlu ‘diajar’ selepas mendedahkan kegiatan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Dalam Negeri meminta PPIM mengemukakan bukti dakwaan berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
“Saya minta badan bukan kerajaan seperti ini membuat laporan polis. Saya bimbang keselamatan mereka jika benar dakwaan itu,” katanya .
Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai ‘kuasa’ dalam agensi penguat kuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Pada sidang media hari ini, Nadzim berkata, pihaknya akan memberi maklumat dan bukti berhubung kegiatan kumpulan besar itu kepada polis Bukit Aman minggu depan.
Menurutnya, ancaman itu tidak menggusarkan PPIM kerana pihaknya yakin pihak berkuasa serta rakyat bersama-sama mereka membanteras kegiatan itu.
“Saya tidak menyesal mendedahkan hal ini kerana aktiviti perjudian ini menyebabkan kepincangan dalam masyarakat dan institusi kekeluargaan.
“Berdasarkan tinjauan Kementerian Wilayah Persekutuan, jumlah pusat perjudian meningkat daripada 600 kepada 3,000 di Lembah Klang dalam tempoh dua tahun,” katanya.
Sidang media oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan mengenai sindiket perjudian yang mengancam PPIM di Kuala Lumpur

*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap... 
32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN

 

 

 

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

JUDI ITU PEROSAK BANGSA

HARAM DISISI UGAMA ISLAM



BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Khamis, 19 Oktober 2017

Perjanjian SYAITAN Dengan Kongsi Gelap Naga 9

Kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan orang ketua atau digelar ‘dra­gon’ sejak bertahun-tahun lamanya.
Malah, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (gambar) mendakwa, sistem sembilan dra­gon itu telah lama di­amalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mem­punyai kuasa di dalam agensi pe­nguat kuasa di negara ini.



Malah, dakwa beliau, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk me­nu­karkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.


“Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.
“Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.
Menurut Nadzim, undang-undang yang terdapat dalam sistem dragon iaitu, pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan kedaulatan negara.
Mengulas mengenai sistem dragon berkenaan, Nadzim memberitahu, hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan akti­viti mereka.
Ujar beliau, terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.
“Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.
“Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,” katanya.
Mereka yang mempunyai gela­ran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian.
Menurutnya, wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.
Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan ha­ram termasuk membayar wang perlin­dungan kepada pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.
“Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.



*sumber dari akhbar nasional tempatan


 Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap... 
32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN
34.   Perjanjian SYAITAN Dengan Naga 9

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Rabu, 5 Julai 2017

Siapakah Ketua Geng 77 Yang Ditahan Bukit Aman 4 Julai 2017

Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) ditahan dalam serbuan Bukit Aman, di Seremban, malam semalam. 
Suspek berusia 47 tahun yang juga berpangkat Datuk, ditahan dalam Operasi Cantas (Op Cantas) oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, sekitar jam 9.45 malam Selasa, mengikut Akta Pertubuhan 1966. 
Dia ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap selain turut dikehendaki polis berhubung satu kes jenayah di Chenderiang, Perak, pada tahun 2011. 

Suspek dipercayai turut terbabit dalam pertubuhan Badan Amal Tarbiah Sejagat Batas Malaysia (BATAS). Ketika serbuan, polis turut merampas baju korporat yang mempunyai bukti suspek terbabit dalam pertubuhan yang dikaitkan dengannya serta sebuah telefon bimbit. Hasil pemeriksaan mendapati, suspek turut mempunyai beberapa tatu pada bahagian badan dan lengannya yang turut mempunyai simbol kumpulan kongsi gelap. 

Dia kemudian dibawa ke pejabat STAGG, untuk tindakan dan siasatan lanjut. Difahamkan penahanan suspek adalah antara langkah serius Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur dan membanteras kumpulan samseng dan kongsi gelap di seluruh negara.

gambar ini contoh sahaja*

Sabtu, 13 Mei 2017

Henjut Kejap Kena Jel Lama (18SX)

Kes Samun dan Rogol Cashier kedai Jackpot Di Puchong Kinrara.


Dua orang lelaki dipasti bangsa apa telah merogol juruwang atau kashier di sebuah kedai judi di bandar Kinrara Puchong Selangor.
Penyamun ini kantoi dari rakaman CCTV dimana mereka dua orang bergilir merogol wanita kashier tersebut.
Rakaman video tak sampai 10 minit tu jelas menunjukkan mereka berdua merogol wanita itu disuatu sudut dalam kedai jackpot itu.

Rabu, 26 April 2017

Tarif Air Naik Kaww Punya...LGE Zalim!!!


Selain menjadi Ketua Menteri Penang yang gagal dalam isu banjir, perumahan rakyat, isu kajian terowong, skandal banglo, skandal rasuah kroninya, Guan Eng terus menekan rakyat dengan naikkan surcaj air sebanyak 4 kali Penang dalam masa 9 tahun. BN perintah Penang 18 tahun, naik surcaj air sekali ja.

Guan Eng juga memegang jawatan sebagai Non Executive Chairman di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd. Apakah kenaikan tarif air ini adalah untuk menaikkan gaji Mat Sabu?

Dalam sekeping check Maybank, cawangan Penang Road pada 9 Ogos 2011, telah didedahkan Perbadanan Bekalan Air Penang telah membayar sejumlah RM8,434.05 kepada Mat Sabu.

Itu jumlah 6 tahun lepas, jika gaji Mat Sabu naik 6 kali sebanyak 10% iaitu RM800 setahun, bermakna sekarang gaji Mat Sabu dianggar sudah jadi RM13,234.05.

Gaji Mat Sabu naik 6 kali, bil air naik 4 kali. Apa Lim Guan Eng hendak suruh rakyat Penang bayar Gaji Mat Sabu kah yang #Naik4Kali bil air?

Sudah 4 kali surcaj air naik :

1) Pada tahun 2010, Guan Eng mengenakan surcaj pengurusan air (SPA) 24 sen untuk setiap 1,000 liter penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan.

2) Pada 2013, sekali lagi Guan Eng menipu rakyat. Kerajaan DAP Penang telah menaikkan surcaj air sebanyak 100% kepada 48 sen.

3) Pada 2015,  DAP tipu rakyat lagi dengan kenaikan 16.7% surcaj air.

4) Pada 2017 ini, sekali lagi rakyat terus dibebankan dengan kenaikan lebih 100% hanya dengan alasan tidak mahu pembaziran.

Itu belum kira gaji Saifudin Nasuiton yang dilantik jadi Penasihat Strategi Guan Eng yang dikatakan dibayar gaji RM10,000 sebulan. Apakah untuk menanggung gaji Saifudin dan Mat Sabu ini LGE kena naikkan tarif air sampai #Naik4Kali

Itu belum kira lagi kerugian kajian terowong Guan Eng sebanyak RM305 juta. Guan Eng hendak ganti kerugian kajian terowong dengan #Naik4Kali tarif air ke???

#Naik4Kali
#LetakJwtnLahLGE
#DAPantiISLAM
#DAPHisapDarahRakyat

Jumaat, 21 April 2017

Aku Budak Femes Hari Ini!!!


Hari ini dalam sejarah apabila seorang jutawan muda telah ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

Tak payah lah nak pi sebut nama penuh dia kat sini..buat kotoq jer blog aku ni.

Dia yang juga pemilik kediaman ala 'Disneyland Ampang' tu juga sangat diragui bagaimana dia menyamun harta berjuta Ahmad Albab tu. Dah lah tu boleh dapat title Datuk pulak dalam usia yang agak muda.

Apa-apa pun gua nak ucapkan GOOD LUCK dan TAHNIAH sebab dapat kurnian memakai jam Rolex besi.


Boboiboy cakap>>> TERBAIKKKKK...



#AKUTEROVERFEMES


Tengok muka lu dalam paper pun lu buat muka bangga bangat sebab dapat pakai baju T-shirt warna Oren tu. Tahulah itu limited edition agak-agak lah jangan KAWWW sangat.

Apa kabor sugar mummy lu, MAK LAMPIR the boom...


#DiaMemangFemes
#DiaMemangFemes
#DiaMemangFemes

#DiaMemangFemes