Selasa, 9 Disember 2014

STAGG untuk tangkap Jerung...KDN


Di mana 'jerung'? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak terhadap keberkesanan agensi penguat kuasa melaksanakan operasi membanteras perbuatan menyalahi undang-undang termasuklah mesin judi haram sejak kebelakangan ini.

Persoalan itu timbul memandangkan dalam operasi yang dijalankan hanya pendatang tanpa izin (PATI) atau pekerja yang ditangkap sedangkan tiada majikan atau ‘tauke’ yang ditahan.

Dalam kes mesin judi haram, setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan sudah melakukan lebih 10,000 serbuan tetapi malangnya hanya peralatan yang dirampas dan beberapa pengunjung ditahan.

Soalnya di mana ‘taiko’ yang menjadi dalang utama kegiatan jenayah itu? Tiada tangkapan yang dilakukan ke atas ‘taiko-taiko’ tersebut mewujudkan persoalan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan mereka.

Ia juga dikatakan akan memberi ruang kepada sindiket untuk beroperasi semula apabila suasana kembali reda, apatah lagi jika terdapat mana-mana anggota agensi penguat kuasa sedia bekerjasama dengan sindiket bagi menyalurkan maklumat berhubung operasi yang dijalankan.

Selain kegagagalan menahan ‘jerung-jerung’, ramai yang mempersoalkan kenapakah tiada tindakan tegas diambil oleh pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap ketua polis daerah atau ketua polis balai yang kawasan mereka disahkan mempunyai premis perjudian.

Sepatutnya lagi banyak serbuan dan tangkapan, ia menunjukkan mereka gagal menjalankan tugas bagi membanteras perbuatan tersebut sebelum ini.

Statistik serbuan oleh PDRM menunjukkan ada sesuatu tidak kena apabila di sesuatu kawasan atau daerah itu mempunyai premis perjudian haram yang banyak seolah-olah tiada tindakan diambil sehinggalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan.

Oleh itu, bagi memastikan integriti PDRM tidak terjejas, ramai berpendapat pengurusan PDRM sepatutnya mengambil tindakan tegas kepada ketua polis daerah dan ketua polis balai yang gagal memastikan kawasan mereka bersih daripada perjudian ha­ram.

Dalam kes penerokaan tanah secara haram di Lojing dan Cameron Highlands pula, ia turut menyaksikan bagaimana tiada ‘tauke’ atau pengusaha yang ditahan, sebaliknya hanya pekerja yang terdiri daripada PATI atau warga asing yang ditangkap.

Ini mewujudkan persoalan kenapakah pengusaha kebun haram itu tidak dapat dikesan dan ditangkap memandangkan perbuatan mereka bukannya dilakukan secara tersembunyi sebaliknya di kawasan terbuka.

Malah struktur pembinaan di kebun haram tersebut juga menunjukkan ia sudah beroperasi bertahun-tahun tetapi malangnya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa dan apabila operasi dijalankan ‘tauke’ pula gagal dikesan.

Berikutan itu, adalah wajar jika pihak berkuasa memberikan tumpuan untuk memberkas pengusaha atau pemilik dalam kes mesin judi haram dan pene­rokaan tanah secara haram. Ini memandangkan penangkapan ke atas pekerja atau PATI tidak akan banyak menyelesaikan gejala yang berlaku.


Selepas menubuhkan dua pasukan elit bagi membanteras jenayah berprofil tinggi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu lagi skuad khas yang antara tujuan utamanya ialah untuk menangkap ‘jerung-jerung’ yang menjadi dalang bagi kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme.

Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) ini difahamkan dievolusi daripada gerak kerja Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan akan memberi tumpuan terhadap suspek-suspek yang memainkan peranan penting dalam kegiatan judi haram, pelacuran serta kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Stagg juga setanding dengan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) yang diwujudkan setahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan skuad taktikal ketiga itu dilihat akan membantu PDRM dalam menumpaskan pelbagai kegiatan haram di negara ini.

“Saya sebenarnya setuju dengan laporan media yang mengatakan bahawa penangkapan ‘jerung’ (kegiatan perjudian, maksiat dan gengsterisme) harus dilakukan kerana operasi-operasi yang dilaksanakan sebelum ini hanya menangkap ‘ikan bilis’ sahaja.

“Menerusi penubuhan Stagg ini, saya yakin PDRM mampu menangkap lebih banyak ‘jerung’... Bukan sekadar di Kuala Lumpur sebaliknya di seluruh negara,” katanya selepas melancarkan penubuhan skuad berkenaan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di sini hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh.

Utusan Malaysia sebelum ini ini mendedahkan tentang kegiatan perjudian haram yang dilihat `tumbuh bagai cendawan selepas hujan’ sehingga memaksa PDRM memberi tempoh selama seminggu untuk premis-premis judi ditutup.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan itu, hanya penjaga premis judi serta warga asing yang ditangkap manakala dalang-dalang yang mewujudkan premis itu masih lagi bebas.

Mingguan Malaysia hari ini juga mempersoalkan perkara sama dan menyatakan tiada tangkapan ke atas ‘taiko-taiko’ kegiatan jenayah itu meskipun lebih 10,000 serbuan dilakukan dan keadaan itu mewujudkan persoalan keupayaan pihak berkuasa untuk mengesan mereka.

Sementara itu, ditanya tentang kemampuan Stagg untuk membanteras gejala perjudian haram di-sebabkan akta sedia ada iaitu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 terbatas, Ahmad Zahid menyatakan, skuad itu bakal diperkasakan dengan Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

“Sememangnya Akta Rumah Judi Terbuka belum lagi dipinda namun Stagg akan mengikut akta-akta dalam setiap tindakan yang dilaksanakan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan untuk mening-katkan elaun khas bagi pegawai dan anggota yang menyertai Stagg, Stafoc dan STING.

“Saya memikirkan elaun sedia ada yang diterima mereka belum lagi mencukupi dan tidak selaras dengan gerak kerja mereka yang berisiko tinggi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahid turut memberitahu, buat pertama kali pasukan taktikal ketiga itu turut mengisi seramai 20 kakitangan awam yang dilihat akan membantu menyeragamkan tugas Stagg dan melancarkan proses-proses pendakwaan di mahkamah nanti.



*sumber dari laman sesawang akhabr nasional

STAGG diadaptasi dari unit D7

  Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...

32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

2 ulasan:

  1. Satu lagi soalan yang wajar difikirkan, mengapa selama ini hanya ketua gengster berbangsa melayu sahaja yang banyak ditembak mati? Ini berdasarkan laporan media dan media sosial.

    BalasPadam
  2. Harapnya KDN juga hantar skuad ELIT ni ke Sabah-S'wak termasuk di Miri/Limbang yg. penuh pusat pelacuran warga asing - yg. herannya GRO/“Ikan Bilis“ sahaja asyik ditangkap; TAUKEH-TAUKEHnya apa hal?!

    Juga utk. MENGGEMPUR Taukeh-taukeh BALAK HARAM - apahal setakat ni tak dak dengaq pun taukeh-taukehnya diTANGKAP?! Termasuk yg. telah MERAMPAS Tanah/Hutan Adat sesuka hati sudah berdekad - jgnlah hanya tangkap yg. subkontraktor dan pemandu lori balak; tolong sasarkan yg. TERATAS - terutamanya TAUKEH-TAUKEH syarikat balak/kelapa sawit; yg. juga disyaki banyak MERAMPAS tanah negeri tepi pantai kat Miri sewenangnya!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    BalasPadam