Rabu, 10 September 2014
Judi Haram Kebal Hilang Taring Penyebab Negara Dilanda Musibah
Rakyat mempertikaikan tindakan dan peranan agensi penguat kuasa dalam membanteras kegiatan mesin judi haram yang semakin membarah dalam masyarakat.
Menerusi surat yang dihantar kepada pelbagai pihak termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka mempersoalkan mengapakah kegiatan berkenaan terus berleluasa seolah-olah 'kebal' daripada tindakan undang-undang.
Kandungan surat itu turut mempertikaikan sejauh mana tindakan diambil oleh polis, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi terlibat terhadap kebimbangan disuarakan rakyat yang menaruh harapan tinggi agar pihak berkuasa dapat menanganinya.
Seorang pengadu dikenali sebagai Sulaiman berkata, rakyat berulang kali dikecewakan dengan kelemahan agensi penguat kuasa apabila kegiatan mesin judi haram masih bermaharajalela di seluruh negara.
Katanya, mereka tidak mahu lagi mendengar alasan tetapi mahu melihat tindakan kerana sudak muak dengan kegiatan mesin judi haram yang tidak berkesudahan.
"Dengan adanya maklumat lokasi kegiatan ini, mengapakah tiada tindakan pihak berwajib untuk menghentikannya. Surat demi surat dihantar kepada pihak berkenaan namun tiada yang berani bertindak demi bangsa dan Allah," katanya.
Seorang lagi pengadu, Azmi Malek pula terkejut kerana premis perniagaan mesin judi haram kembali beroperasi seperti biasa selepas diserbu oleh pihak berkuasa.
Adakah disebabkan ada tangan ghaib (kuasa besar) 'The Hidden Hand' yang membelakangi di sebalik kegiatan haram ini?...MISTERI !!!
Macam cerita agenda Yahudi pulak ya...The Illuminuti tu...mungkin jugak sebab kegiatan haram ini adalah 100% dari kongsi gelap. Kongsi gelap yang berasal dari negara China ini pulak adalah hasil ciptaan "Kuasa Ghaib" itu. Ini semua ada berkaitan terutama kegiatan yang melibatkan ekonomi atau transaksi wang haram. 'Tangan Ghaib' ini mengawal segala-galanya melalui situ dengan gunakan pengaruh dan kuasa wang. Maka akhirnya kita akan dapati kegiatan ini tidak dapat dilumpuhkan sungguhpun di peringkat paling atas sekalipun....JANGAN HAIRAN
Dia juga memperincikan modus operandi kegiatan tersebut dalam kandungan suratnya dengan harapan agensi penguatkuasa dapat bertindak tegas menerusi maklumat tersebut.
"Premis yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga ini dibuka kembali selepas diserbu. Malah ia lebih berani beroperasi sehingga 24 jam sehari dan mendapat sambutan daripada pelanggan yang majoritinya adalah kaum Melayu," katanya.
Abdul Rahaman pula melahirkan rasa dukacita melihat tiada penguatkuasaan sepenuhnya terhadap kegiatan mesin judi haram sehingga ia terus meningkat.
"Banyak aduan dikemukakan kepada polis tetapi hasilnya amat mengecewakan. Kami difahamkan polis memerlukan kerjasama orang ramai tetapi apakah mereka benar-benar bertindak atas maklumat disalurkan," katanya.
Labels:
Bukit Aman,
D7,
dana haram,
gambler,
Gangster,
Jackpot,
judi,
Kasino,
kongsi gelap,
mesin judi haram,
PDRM,
Pekida,
Pekima,
POLIS,
Samseng,
samun,
STAFOC
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan