Jumaat, 26 September 2014

Pelbagai agensi penguatkuasaan OPs BAH Siri 4 di Kuala Lumpur


Diucapkan tahniah kepada pihak polis yang sedang memburu berpuluh-puluh ribu ahli dan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara namun begitu mengapa kumpulan haram itu bercambah dengan begitu banyak sekali di negara kita?
Dan mengapa sekarang baharu pihak polis mahu mengambil tindakan sebesar itu?
Operasi pencegahan jenayah dilakukan setiap hari termasuk oleh cawangan D7 yang dikhususkan untuk membanteras kegiatan itu tetapi kita berharap satu tindakan bersungguh-sungguh dan agresif dapat dijalankan supaya tidak berlaku ketirisan dan kelompongan.

Yang sebenarnya kegiatan kongsi gelap ini membabitkan transaksi wang haram yang begitu besar sekali. Ia dianggarkan berjumlah berbilion-bilion ringgit yang mengalir dalam sistem negara.
Wang itu kemudiannya dibersihkan melalui pelbagai cara, yang antaranya ialah kegiatan peminjaman wang tanpa lesen seperti ah long. Wang gelap melalui kegiatan haram sering kali dibersihkan melalui sistem yang kita nampak dengan mata kasar termasuklah rumah-rumah istirahat, hotel-hotel bajet, pusat-pusat karaoke, rumah urut, pusat internet yang turut menawarkan mesin judi, rangkaian pasar raya dan lain-lain.
Sedar atau tidak semua pusat-pusat itu kini tumbuh bagaikan cendawan di sekeliling kita.

Di Kuala Lumpur beberapa serbuan yang dijalankan pihak berkuasa menerusi Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) sebelum ini seolah-olah tidak menggerunkan pengusaha premis judi haram itu.
Buktinya, masih ramai pengusaha yang meneruskan kegiatan tidak bermoral itu, walaupun premis mereka pernah diserbu dan bekalan air serta elektrik turut dipotong.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan melahirkan rasa kecewa dengan sikap degil pengusaha terbabit biarpun tiga siri Ops BAH telah dijalankan dengan kehadiran ratusan anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi kerajaan. 

"Saya kesal dengan sikap mereka kerana menggunakan strategi lain untuk meneruskan kegiatan termasuk membuat penyambungan haram bagi mendapatkan bekalan air dan elektrik.
"Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak akan berputus asa dan saya nasihatkan pemilik premis judi supaya membuat permohanan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuka perniagaan baharu yang halal.
"Ini kerana operasi bersepadu ini tidak akan berhenti sehinggalah kegiatan mereka lumpuh," katanya selepas mengetuai Ops BAH Siri 4 di Bandar Tun Razak di sini, hari ini.
Operasi yang turut disertai Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan itu melibatkan 378 orang penguat kuasa daripada 13 agensi antaranya Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia.

Operasi yang bermula pada pukul 10 pagi itu melibatkan kira-kira 50 lokasi di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Cheras.

Sebanyak 34 pusat judi tidak berlesen diserbu dan bekalan elektrik serta air di kesemua premis tersebut telah dipotong. 

Selain itu, empat pendatang asing tanpa izin dan 16 penagih dadah telah ditahan dalam operasi itu.

Sementara itu, Adnan berpuas hati dengan sokongan orang ramai, badan bukan kerajaan serta pemimpin masyarakat yang menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekali gus membantu dalam aspek risikan.

"Melalui maklumat yang disalurkan, kita dapat merancang strategi sesuai untuk menjalankan sesuatu operasi. Sebagai contoh, serbuan pada hari ini dijalankan pada waktu pagi berbanding waktu malam sebelum ini," jelasnya.



*dipetik daripada laman sesawang akhbar nasional

Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...